ANDA PILIH

  1. CABARAN TUN M VS ANWAR PRU 13 keputusan klik sini
  2. Tahap kepercayaan pembaca ke atas ketelusan SPR keputusan klik sini

Sabtu, 18 Mei 2013

Ustaz Khazim diugut bunuh!

kemaskini oleh:
pen buruk online ™

IKUT HUKUM AKAL LOGIKLAH.. KALAU BENAR-BENAR DIA BERASA TAKUT DENGAN UGUTAN BUNUH MENGAPA PERLU TUNGGU SEHINGGA 6 BULAN BARU NAK BERHENTI MEMBERIKAN CERAMAH..

BELIAU MEMBERITAHU ADA ORANG DATANG SENDIRI KERUMAHNYA DAN PUSAT PENGAJIAN MILIKNYA DATANG UGUT NAK PUKUL DAN BUNUH DIRINYA...TAPI TIADA LANGSUNG DICERITAKAN BELIAU SUDAH MEMBUAT LAPORAN POLIS...SUDAH PASTI DIA CAM ORANG YANG DATANG UGUT NAK PUKUL DAN BUNUH DIRINYA.

MASUK AKAL KE?.. SEORANG PENDAKWAH AKAN BERHENTI BERCERAMAH HANYA SEKADAR KENA FITNAH DAN DAN DICERCA?????..PENDAKWAH JENIS APA DIA NI???

JANGAN CARI PUBLISITI MURAHAN... RAKYAT BUKANNYA BODOH... JANGAN NAK HINA RAKYATLAH...CAKAPLAH YANG CERAMAH ANDA TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG!!!!!
SEBENARNYA DALAM TEMPOH 6 BULAN INI NAK LIHAT RESPON DAN TINDAK BALAS DARI RAKYAT SAMA ADA CERAMAH ANDA AKAN MENDAPAT SAMBUTAN ATAU SEMAKIN SURAM.. ITU SAJA BEB!!!~kredit Omak Kau.

Berita Ustaz Khazim kena ugut bunuh seperti di bawah


klik papar untuk butiran lanjut:

Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Aku bangga dapat Menteri sebijak Zahid Hamidi

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari.

“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya.


Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.





“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.



Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.



“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya.



Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu.



Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.




“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.



“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya. ~harakahdaily

PBO: setahu aku taraf pemikiran sebegini adalah cara blogger pro UMNO berfikir. takkan taraf menteri sama dengan macai?



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Siri tidak puas hati dilangan pemimpin BN

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : cabinet Najib yang tempang

18 Mei — Tidak semua parti Barisan Nasional (BN) gembira dengan pembahagian jawatan Kabinet seperti PRS dari Sarawak yang telah menolak pelantikan sementara SPDP tidak berpuas hati dengan kemenangan empat kerusi Parlimen mereka tidak diberikan apa-apa ganjaran.

Beberapa ahli Parlimen kanan Umno Sabah juga merungut mereka tidak diberikan peluang untuk pelantikan Kabinet sementara terdapat juga penggubal undang-undang Umno yang menyelar pemilihan P Waythamoorthy walaupun pernah cuba menggulingkan kerajaan satu ketika dahulu.

Media melaporkan Datuk Joseph Entulu Belaun tidak menerima pelantikannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Joseph Salang Gandum secara terbuka menolak dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi.

lagi ..




Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Utusan Malaysia hari ini gabungan itu telah menerima keengganan Salang untuk menerima jawatan timbalan menteri itu.

Presiden PRS James Masing mengatakan majoriti ahli majlis tertinggi parti itu bersetuju untuk menolak tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengatakan mereka merasa “dipinggirkan” dan “seharusnya dilayan dengan lebih baik”.

PRS mendapat enam kerusi Parlimen dan SPDP empat membantu BN mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih baik daripada parti BN di Sabah, Sarawak dan semenanjung yang diberikan ganjaran lebih baik.

MIC yang menang empat kerusi mendapat dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri sementara SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.

“PRS dan SPDP yang mempunyai kekuatan di pedalaman tidak dilayan dengan betul oleh kerajaan hari ini.

“Kawasan pedalaman di Sarawak adalah ‘deposit tetap’ Barisan Nasional. Jika anda tidak mengambil berat, orang lain akan datang dan menariknya keluar,” kata Masing memberikan amaran dalam laporan Free Malaysia Today. Masing yang mempengerusikan mesyuarat tergempar ahli majlis tertinggi mengatakan, majoriti ahli PRS merasakan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak sesuai dengan PRS yang berasaskan kawasan pedalaman.

Portal berita itu juga memetik timbalan setiausaha agung SPDP Paul Igai sebagai berkata,” Saya tidak boleh menyalahkan ahli parti jika mereka marah, kerana sukar untuk menerima keputusan perdana menteri.

“Mereka juga telah bertanya sama ada ia adalah satu percubaan yang sengaja untuk tidak melibatkan kita atau sama ada perdana menteri telah terlepas pandang,” katanya.

Terdapat rekod 13 menteri dari Malaysia Timur dalam kabinet Najib yang diumumkan Rabu lepas.

The Malaysian Insider difahamkan ahli Parlimen kanan Umno tidak gembira mereka dipintas oleh ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menjadi menteri dalam penggal keduanya sebagai ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Umno lain marah dengan tindakan Najib melantik Waytamoorthy sebagai timbalan menteri menegaskan, lelaki yang menjadikan dirinya sebagai pelarian itu selepas perhimpunan Hindraf 2007 berkempen di peringkat antarabangsa menyelar Malaysia kerana dikatakan memberikan layanan buruk kepada kaum India.

Mereka mengatakan pentadbiran Najib seharusnya memberikan ganjaran kepada yang bekerja keras untuk memenangkan gabungan itu daripada golongan tidak pernah menyumbang dan menentang mereka satu masa dahulu.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Panas! Rakyat Selangor mengamuk sakan .. ini puncanya!!

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : air percuma di Selangor


Rakyat Selangor semenjak negeri itu di perintah oleh Pakatan Rakyat bermenteri besarkan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dikatakan sudah mula naik angin...

Rata-rata RAKYAT SELANGOR melahirkan rasa kecewa amat sangat sebab setiap bulan asyik sifar bayaran dikenakan oleh SYABAS pasal penggunaan air sebanyak 20 meter padu.

Rakyat Selangor amat rindukan suasana beratur panjang dikaunter bayaran bil..

Nampak sangat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor "tidak berhati perut langsung"...Sek­sa jiwa rakyat yang kini sedang kemaruk nak bayar bil air!!!!!!.

Desak Kerajaan PR Selangor jangan terus menerus seksa rakyat lagi...Ikutilah­ contoh Kerajaan BN dengan memeriahkan kaunter bayaran bil....bukan saja kaunter bayaran bil meriah tapi butiran bil pun semakin bertambah.

Sudah lebih 5 tahun rakyat Selangor menderita terseksa batin sebab kerenah Kerajaan PR Selangor beri air percuma...kini terpaksa tanggung penderitaan selama 5 tahun lagi..hehehesekian.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"