Jumaat, 18 April 2014

Gempar: Pelatih Polis Lahir Anak Dalam Tandas HKL


Pada 15 Apr 2014 lebih kurang jam 11.40 pagi, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur telah dimaklumkan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL)
bahawa seorang wanita yang dikenal pasti sebagai pelatih yang sedang menjalani latihan di PULAPOL, telah melahirkan anak perempuan di dalam tandas Jabatan
Kecemasan Hospital berkenaan.

Kedua-dua ibu serta anak dalam keadaan sihat dan bayi tersebut disahkan oleh pakar perbidanan dilahirkan cukup bulan.

Siasatan awal mengesahkan bahawa pelatih tersebut telah melalui saringan ujian air kencing pada 21 Jan 2014 dan disahkan Negatif oleh Jabatan Pathologi
HKL. .
{baca lagi klik butang papar ... }



Sepanjang menjalani latihan di PULAPOL, tidak terkesan sebarang perubahan fizikal yang menunjukkan tanda-tanda kehamilan disebabkan saiz badannya yang
kecil.

Pelatih dirujuk ke HKL pada 15 Apr 2014 satelah mengadu mengalami bengkak di kaki dan kurang sihat.

Selepas melahirkan bayi, pelatih telah membuat pengakuan bahawa semasa ujian air kencing dijalankan, beliau telah mencampurkan air ke dalam sampel air
kencing bagi mengelakkan terkesannya hormon kehamilan.

Tindakan ini telah disahkan oleh pakar perubatan sebagai berupaya mengurangkan konsentrasi hormon Beta HCG yang memberi kesan Positif dalam ujian kehamilan.

Berasaskan pengakuan pelatih tersebut, PDRM berharap tidak wujud sebarang spekulasi negatif dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian ini. (FB PDRM

PBO: kita jangan ulas negaatif. kita ulas positif je. baik sungguh, bagus sungguh, hebat sungguh!!

Siapa yang ulaas negatif atau kata kesat aku tak lulus na!!
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

bagus ye pelatih tu... dia tak buanh baby dia dlm tong sampah!