Isnin, 25 Ogos 2014

Siaran langsung kes liwat Anwar bakal jadi kenyatan?

"Apakah tiada pendakwaraya di Jabatan Peguam Negara, sedangkan ribuan ada selain daripada Peguam Negara, mengapa mesti dilantik seorang peguam Umno dan berjiwa Umno,"

SHAH ALAM - PKR mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan siaran langsung perbicaraan rayuan kes liwat II membabitkan Ketua Umum PKR agar perjalanan proses perundangan itu dapat ditonton dan dinilai oleh rakyat di negara ini.

"Saya harap kalau Perdana Menteri berani dan jujur, buat siaran secara langsung perbicaraan itu biar rakyat lihat perjalanan perbicaraan itu," demikian kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika menggulung ucapan dasar Presiden PKR pada Kongres Nasional PKR di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

Tuntutan itu merupakan antara tiga perkara yang dituntut Azmin daripada Najib sekiranya beliau serius dalam mempertahankan dasar trasnformasinya.

Dalam pada itu, Azmin juga menuntut supaya Perdana Menteri itu mengugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada menjadi ketua pendakwaraya kes dalam perbicaraan kes Fitnah II.

"Apakah tiada pendakwaraya di Jabatan Peguam Negara, sedangkan ribuan ada selain daripada Peguam Negara, mengapa mesti dilantik seorang peguam Umno dan berjiwa Umno," katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 28 dan 29 Oktober ini untuk mendengar kes Anwar untuk membebaskannya daripada pertuduhan liwat oleh Mahkamah Rayuan.

Selain itu, Azmin juga menuntut supaya Perdana Menteri menggugurkan pendakwaan terhadap semua barisan peguam yang mewakili Anwar dalam kes Fitnah II nanti.

"Sebenarnya apabila dia mendakwa Surendran, tujuannya untuk menghalang peguam-peguam daripada membela Datuk Seri Anwar dalam kes akan datang," katanya lagi.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: