Sabtu, 27 September 2014

Formula untuk PAS menang pilihanraya terbongkar!


Semalam telah diumumkan keputusan PRK N01 Pengkalan Kubor yang telah memihak kepada UMNO. PAS yang pada mulanya sedikit confidence akhirnya tewas dengan majority yang lebih besar.

Agaknya PAS perlukan satu formula ajaib untuk menang di setiap PRK mahupun PRU pada masa akan datang.

Mungkin PAS harus pertimbangkan rahsia atau formula ini untuk menang seperti kata Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Khairil Nizam Khiruddin;

PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) apabila sampai masanya, kata Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khiruddin yang mengatakan parti Islam itu sudah lama bersabar dengan kedegilan PKR dan DAP.

Khairil berkata, meninggalkan PR tidak mustahil bagi PAS walaupun tidak berasa ia akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.

“Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, apabila tiba masanya untuk kami keluar daripada PR, kami akan keluar," katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian Online hari ini.



“Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar daripada PR ini bukan PAS tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan PAS sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan,” katanya merujuk kepada tindakan DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) satu ketika dahulu.

Khairil bagaiamanpun berkata, PAS sepatutnya bersabar dengan "kedegilan" rakan-rakan sekutunya dalam PR, lapor portal itu lagi.

“Biasanya yang buat... yang kita katakan, yang ‘degil’ ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. PAS sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.

“Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, Insya Allah,” katanya seperti dilaporkan portal itu.

Dengan cara meninggalkan pakatan rakyat mungkin formula yang sangat didambakan oleh PAS untuk menang setiap PRK dan PRU. Duduk dalam pakatan mungkin 'sesak' nafas hingga PAS sukar untuk menang enang agaknya. hehehehehe

Naib Ketua Pemuda ini lupa ke dengan kerjasama PKR dan DAP banyak kerusi yang parti PAS menang? Bodoh tak bertempat.

Tapi apa salahnya, keluar sahaja. Nanti baru tau formula tu jadi ke tidak. Aku pun dah naik meluat.


more updates ..

ANDA PILIH

Ekoran dakwaan isu 'barua', Presiden PAS sekarang perlu diganti segera?


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

C++ berkata...

Bhai PBO....

PAS bukan pelahap.... Hahaha... jadi kerusi N01 Pengkalan Kubor pon PAS tak pelahap..... hahaha

Tanpa Nama berkata...

Dulu kata bila Pakatan kalah d Pkln Kubur kerana PKR bertanding.l d situ. Sekarang, bila PAS bertanding (beriya2 nk bertanding) kalah lagi teruk. Hahhhhhh....mana nak letak muka?

Tanpa Nama berkata...

kartun sume ni. keluar je , jgn main wayang kulit

Tanpa Nama berkata...

Saya undi pas Kerana saya percaya pas tidak tipu tetapi selepas kes Selangor MB terasa kena tipu. Saya tidak percaya tok guru lagi. Saya ingat slogan "Pas For All" adalah benar tapi ia semua tipu. Banyak orang mengundi PAS kerana kami percaya orang Islam tak tipu dan seorang Ulama tentu tak akan tipu. Dia panggil DAP "minor enemy" ... Bolehkah Tok Guru menganggap kami (bukan Islam) minor enemy juga? Kita semau hanya ingin PAS yang menjaga semua anak Malaysia!

Tok Guru Hadi Awang kecewakan saya....

Salam