Selasa, 16 September 2014

Terima kasih Hadi Awang kata TS Khalid

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor adalah terserah kepada kuasa Sultan Selangor.

Beliau bagaimanapun berterima kasih kepada Abdul Hadi, namun menegaskan sebarang perihal berkaitan pelantikan menteri besar baharu perlu memohon perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah terlebih dahulu.

Ketika ditanya sama ada wujud kebarangkalian beliau akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid enggan mengulas lanjut dan menyatakan beliau tidak perlu membuat sebarang komen mengenainya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program Multaqa Imam, Guru Takmir, Imam dan Jawatankuasa Masjid Negeri Selangor Tahun 2014 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Semalam, Abdul Hadi dilapor menyarankan Adun Pelabuhan Klang itu terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, namun mendapat tentangan AMK dari PKR.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, cadangan Abdul Hadi itu bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor yang memilih Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baharu.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: