Sabtu, 25 Oktober 2014

Skandal terbaru Rosmah Mansor?

Isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menegaskan, beliau tidak akan sesekali luntur semangat untuk berkhidmat kepada rakyat meskipun pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan terhadapnya.

"Pembangkang objektifnya adalah mahu menjatuhkan kerajaan. Sebab mereka tidak boleh kata Najib, jadi mereka kata saya," katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2014, di Petaling Jaya, Selangor hari ini.



"Tapi ia tidak akan meruntuhkan semangat. Selagi darah mengalir dalam badan saya, selagi itu saya akan terus berkhidmat kepada rakyat, kepada wanita."

Bercakap di hadapan kira-kira 600 hadirin, beliau turut menggesa agar mereka tidak mempercayai berita tidak benar mengenainya yang disebarkan melalui laman sosial.

"Saya minta janganlah percaya apa yang tulis di Facebook. Kita nak tambah pahala bukan dosa. Kalau percaya benda tak betul, dia yang berdosa," katanya. – 21 Oktober, 2014.

* korang percaya ke Rosmah Mansor menabung dari kecil untuk 'beli' cincin tu?


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: