Khamis, 29 Januari 2015

Berita mengejutkan dalam kem PAS kini tersebar luas!!

Tidak perlu jadi ahli sains politik untuk tahu PAS sedang menghadapi masalah dalaman. Ada puak.Gerak langkah kepimpinan tertinggi PAS semakin hari semakin tidak senada dengan rentak alunan Pakatan Rakyat.

Dan ada pihak dalam parti termasuk di kalangan saf kepimpinan yang tidak senang dengan semua itu. Khususnya terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden. Itu bukan cerita baru.Kalau masalah dibiar berlanjutan PAS akan dilanda bencana. Itu pun bukan pandangan baru.

Persoalan siapa punca masalah dalam PAS juga bukan persoalan baru. Cuma kali ini ada pihak yang berani tampil menjawab dan membuat “pendedahan”. Atau dalam lain perkataan “pertuduhan”. Jari dituding ke arah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Yang empunya jari ialah Ishak Surin, YDP PAS kawasan Batu.

Dikenali sebagai Cikgu Ishak, beliau orang lama yang diakui kawan dan lawan akan semangat juangnya yang kental. Lantas dihormati.

“Sebenarnya PAS dikuasai Setiausaha Agung Mustafa Ali yang bukan dipilih tetapi dilantik oleh presiden”, kata Cikgu Ishak. Sebagai contoh beliau merujuk sidang akhbar berhubung krisis menteri besar Selangor dulu.

“Timbalan presiden cakap lain, Mustafa Ali cakap lain. Setiausaha agung ini punca masaahnya.”

Sebelum ini ada sumber rapat dengan PAS mendakwa parti itu “dikuasai geng Terengganu”. Secara kebetulan (atau sebaliknya) Hadi dan Mustafa berasal dari Terengganu.

Perlu diingat Cikgu ishak sejak kebelakangan ini “mengepalai” kempen “menyelamatkan” akhbar milik PAS, Harakah berikutan permasalahan membabitkan pengarang kanannya termasuk ketua pengarang Ahmad Lutfi Othman.

Pun begitu beliau mengakui “bukan Harakah sahaja dalam bahaya malah PAS lebih dalam bahaya”.

Hari ini, Cikgu Ishak dijangka berucap disatu majlis untuk menghuraikan “mengapa Mustafa mesti dikeluarkan daripada Harakah”. Seperti kita tahu Mustafa ialah pengerusi Harakah.

Namun apa kesan menyingkirkan Mustafa daripada Harakah terhadap masalah PAS sendiri?

Ada kah dengan melucutkan Mustafa sebagai pengerusi Harakah akan membantu menyelesaikan masalah dalaman PAS? Bukankah beliau tetap berjawatan setiausaha agung parti walaupun tanpa jawatan pengerusi Harakah? Sekaligus terus berindak sebagai “power behind the throne”? Seperti yang didakwa pengkritiknya?

Cikgu Ishak tidak menyentuh persoalah itu. Sekadar memberitahu gerakan selamatkah Harakah kini disokong beberapa PAS kawasan yang buat masa kini tidak boleh dihebahkan identitinya.

Jelas, Cikgu Ishak yang cukup masak dengan selok belok percaturan politik, “is not giving anything way”. Buat masa kini.

Jadi yang menjadi tanda tanya kini ialah adakah kempen selamatkan Harakah akan mencetuskan satu gelombang besar dan bertukar menjadi kempen selamatkan PAS?

Masalah PAS lebih besar daripada masalah Harakah. Tidak begitu? ~RM


Manakala dalam FMT pula memetik Mustapa Ali menggunakan wang Harakah untuk kepentingan diri ... alamak .. ini apa pula cerita ...?

Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam KWSP, adakah itu gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

KUALA LUMPUR: Salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.

“Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar,” tambah beliau.

Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri.

“Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah,” katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak.

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat khususnya.

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik.

Menurut beliau lagi, jika wang tersebut dikendalikan dengan cara betul, sudah banyak projek-projek yang boleh dilaksanakan untuk parti PAS, malangnya perkara tersebut tidak berlaku.

“Sekiranya wang daripada hasil jualan akhbar Harakah itu digunakan dan diurus secara baik, pastinya Harakah sudah setaraf dengan media rasmi kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), malah PAS sendiri juga pasti mampu untuk memiliki akademi wartawannya sendiri. Tetapi kini apa yang ada?” ujar beliau.

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

“Atas perkara itu, saya kini dalam usaha untuk menubuhkan satu kesatuan sekerja dalam kalangan kakitangan pekerja akhbar Harakah,” ujarnya lagi.

Ishak secara lantang menyuarakan dan mendesak agar Mustafa meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu di dalam akhbar Harakah serta mengembalikan semula pentadbiran Harakah kepada pentadbiran asal.

“Saya mendesak supaya Mustafa Ali berundur dan saya juga yakin beliau akan berundur. Malah saya turut mengharapkan pentadbiran secara korporat dihentikan dan dikembalikan semula cara pentadbiran yang lama iaitu secara berjemaah.

“Sudah terlalu lama Mustafa berada di dalam Harakah, dan dia ingat akhbar Harakah adalah bapa dia yang punya,” ujar beliau lagi.

Tidak terhenti di situ, Ishak turut menggesa agar kewangan akhbar Harakah diaudit kerana menurutnya, ia akan membolehkan akar umbi mengetahui pengaliran wang hasil jualan akhbar tersebut.

“Tetapi sehingga kini, kita tidak mengetahuinya. Macam mana nak tahu, kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS,” tambah beliau.

Menurutnya, walaupun persoalan itu dibangkitkan setiap kali muktamar berlangsung, ia hanya sampai di peringkat pertanyaan sahaja kerana tidak pernah terjawab.

Jelas Ishak lagi, beliau akan menegur mana-mana pemimpin PAS yang disifatkannya sudah lari daripada perjuangan asal PAS iaitu untuk memartabatkan Islam dan membentuk sebuah negara berkebajikan.

“Kalau Mustafa sanggup menjadi pemimpin, maka dia mesti sanggup kena tegur. Ini kerana, sebagai ahli PAS, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur pemimpin, “ tegasnya.

Beliau seterusnya mengingatkan ahli PAS mengenai dua perkara yang akan disoal dan dihitung iaitu sewaktu di dunia dan di akhirat kelak.

“Sewaktu di akhirat kelak, akan ditanya jika ahli-ahli PAS menegur pemimpinnya dan jika tidak ditegur, mengapakah tidak ditegur. Adakah takut jawatan akan diturunkan,” tegasnya.

Ishak yang pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada tahun 1986 turut menyifatkan kemelut dalam pengurusan akhbar Harakah amat mencemaskan dan ia berpunca oleh perlakuan individu seperti Mustafa.

“Selagi Harakah tidak dibetulkan, kita akan terus menegur kerana kita sayang akhbar Harakah ini,” ujarnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: