Khamis, 22 Januari 2015

CUEPACS akan temui PM pasal penjawat awam kena tipu

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bagi menyelesaikan kes penipuan yang melibatkan kakitangan awam yang berjumlah RM45 juta.

Azih berkata, penipuan RM45 juta itu adalah melibatkan pembelian rumah sebanyak 477 unit oleh kakitangan awam di Kelantan.

"Setiap pengguna harus berhati-hati untuk mengelakkan diri daripada ditipu. Paling mengecewakan, penipuan melibatkan projek perumahan.
"Projek ini ada 477 unit rumah yang dibina, tahun 2011 telah dibeli dan pembelinya adalah 100 peratus kakitangan kerajaan, tapi hari ini ada yang baru naik tiang, tapi bayar sudah 90 peratus.

"Apa akan berlaku kalau semua tempat berlaku situasi begini? Situasi yang mana gaji dipotong tapi rumah tidak boleh duduk.

"RM45 juta sudah dibayar syarikat entah ke mana, dia bawa lari... Untuk itu saya insya-ALLAH akan jumpa PM selepas beliau pulang daripada luar negara.

"Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera. Takkanlah hendak bayar sampai mati sedangkan rumah tidak boleh duduk," katanya ketika sidang media tahun 2015 "Tahun Perangi Penipuan" di Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jelas beliau rumah 477 unit yang terbengkalai itu melibatkan 12 lokasi di seluruh Kelantan.

Oleh itu beliau berharap kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara ini kerana dibimbangi 'penipu' akan terus bermaharajalela sekiranya tiada tindakan yang diambil.

"Sepatutnya kerajaan ambil peranan, takut masyarakat hilang keyakinan, kita minta dibantulah mereka.

"Kalau tidak dibantu makin bermaharajalelalah 'penipu' itu," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya sudah berjaya menyelesaikan satu kes perumahan terbengkalai di Sarawak di mana selepas campur tangan pihaknya dengan kerajaan.

"Kita sudah selesaikan kes sama baru-baru ini di Sarawak. Alhamdulillah syarikat perumahan negara sudah siapkan.

"Walaupun gaji sudah enam tahun baru dapat setelah diambil alih, kalau tidak ada PPIM dan Cuepacs lagi bermaharajalela mereka jadi kita sebagai pengguna harus bersatu dalam," katanya.


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: