Jumaat, 27 Februari 2015

Najib Razak pasti ketar lutut dengan berita ini

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenal pasti isu-isu utama, termasuklah sumber dana RM2 bilion yang digunakan untuk membayar balik pinjaman dan juga suntikan dana baru RM3 bilion seperti dilaporkan.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata PAC juga ingin siasatan pada perjanjian 1MDB dengan syarikat PetroSaudi dan status wang yang disimpan di Cayman Islands.

Audit itu juga akan menggali punca sebenar pertukaran firma antarabangsa yang bertanggungjawab meluluskan akaun tahunan 1MDB.

"PAC mahu Jabatan Audit Negara menjalankan audit terlebih dahulu ke atas 1MDB sebelum kami memanggil mereka di hadapan jawatankuasa ini tidak lama lagi," kata Nur Jazlan dalam kenyataan.

Menurut ahli parlimen Pulai, langkah itu akan menjelaskan kedudukan sebenar 1MDB yang didanai dengan wang rakyat selaku syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar dan kerajaan perlu telus dalam hal 1MDB.

"Jika benar segala pelaburan dan operasi syarikat ini sah, biarlah ia disahkan sendiri jabatan kerajaan iaitu Jabatan Audit Negara," katanya.


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Unknown berkata...

Banyak sangat program 1M yang tidak menguntungkan...

Tanpa Nama berkata...

Masih ada orang Ameno yang rasional.