Isnin, 23 Mac 2015

Merapu dan semakin merapu

Hahahahaha ... merapu dan semakin merapu.

Pemuda UMNO minta SPAD tangguh kenaikan tambang pengangkutan awam, malah cabinet juga meminta SPAD berbuat demikian.

"Mengapa kenaikan kadar tambang pengangkutan awam perlu diumumkan kurang 2 minggu sebelum GST dilaksanakan? Kita harap ia ditangguhkan kerana masanya tidak tepat.

"SPAD digesa kaji semula keputusan itu dan buat keputusan terbaik kerana apabila diumumkan kenaikan itu bukan hanya pembangkang tidak bersetuju tetapi pemimpin Umno serta kerajaan juga mempersoalkan dan mengkritik tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Sukan Pemuda Umno Malaysia di Dataran Sejarah Ayer Keroh malam tadi.
Pemuda Umno minta SPAD tangguh kenaikan tambang pengangkutan awam

PAGOH: Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menangguhkan kenaikan harga tambang pengangkutan awam seperti yang diumumkan oleh suruhanjaya itu kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata permintaan penangguhan itu dilakukan kerana kenaikan kadar tambang itu seolah-olah akan membebankan rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup yang turut meningkat.

"Saya fikir mungkin kita (Kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai
GST," katanya.
Kabinet minta SPAD tangguh kenaikan tambang pengangkutan awam

Sebab tu aku cakap merapu, seolah-olah pemimpin - pemimpin UMNO nak tunjuk jaguh nak bela rakyat yang akan sengsara dengan GST.

Cuba korang perhati apa yang Muhyiddin cakap;

"Saya fikir mungkin kita (Kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai GST," katanya.

Aik, sejak bila pulak GST membebankan ..? Bukankah GST beri untung semua pihak ..? pui .. kini Menteri ssendiri mengaku GST tu macam sial.. menyusahkan rakyat.

Berbalik kepada merapu, kenapa semakinmerapu?

Sendiri buat keputusan, sendiri seolah-olah terkejut beruk dan minta ditangguhkan. pui ..

Kan aku dah kata, SPAD bukan raja nak buat keputusan sendiri, mesti melalui Kabinet yang diketuai oleh Najib Razak. Malah semua Menteri ada dalam cabinet.hahahhahaha merapu dan semakin merapu.

Kalau cabinet tak lulus, macam mana SPAD nak cakap naik tambang. siapa yang hendak diperbodohkan ..?

Bila dan tempohnya pasti sudah ada dalam minit mesyuarat cabinet. Tetiba nak jadi jaguh nak bela nasi b rakyat .. aiii .... macam tahik je ..

Apa tak percaya apa aku kata ..?

Laporan akhbar ini menjelaskan segalanya.

rujuk sini

Satu lagi rakyat Malaysia kena tau, Menteri-Menteri tu hanya risau dekat dengan GST, mereka tak kata nak turunkan tambang atau buat sesuatu agar tambang turun, tangguh bukan bererti mansuh / kurang. Jadi korang jangan tertipu ...!

Kasihan penjilat tegar UMNO .. kena tipu bulat-bulat ..





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Master Jaguh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Unt menenangkan keadaan, kenaikan ini akan ditangguh bbrp bulan. Lepas tu naik..... cari alasan dan daleh lain pulak. Hidup hidup kena tipu...... matimati pencacai percaya.