Khamis, 26 Mac 2015

Isteri cekup suami berasmara dengan perempuan lain dalam bilik tidur mereka

Luluh hati seorang isteri sebaik melihat suaminya bermadu kasih bersama teman wanita di dalam bilik tidur di kediaman mereka.

Dalam kejadian jam 1 petang kelmarin, wanita berusia 33 tahun itu dikatakan pulang mengejut ke rumahnya di Putrajaya, di sini.

Sumber berkata, wanita itu yang masuk ke dalam bilik tidur bagaimanapun terkejut apabila mendapati suaminya berusia 30-an berlaku curang bersama wanita lain.

“Akibatnya berlaku pertengkaran antara mangsa dengan wanita terbabit sebelum suaminya masuk campur dan mengarahkan ‘kekasih gelapnya’ beredar.

“Wanita itu yang dimarahi suaminya keluar dari kediaman sebelum pulang ke rumah ibu mentuanya di kawasan berhampiran,” katanya.

Bagaimanapun suami mangsa turut datang ke rumah ibunya menyebabkan berlaku satu lagi pertengkaran susulan.

“Suspek mengambil sebatang kayu dan cuba memukul isterinya. Bagaimanapun tindakan ganas itu sempat dihalang ibunya.

“Lelaki itu beredar meninggalkan rumah berkenaan. Mangsa yang bimbang keselamatan dirinya tampil membuat laporan di Balai Polis Presint 7 untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

- Harian Metro

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Suami jenis setan ni...bukannya nak meminta maaf dgn isteri dan memohon ampun dgn Allah SWT tapi sanggup memukul isteri. Harap pihak polis mengambil tindakan yg sewajarnya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah sampai tahap memukul kan zalim namanya. Diri sendiri telah melakukan kesalahan.....mohon lah kemaafan dari isteri..... Bayangkan kalau yg kena tu adek kita......tak marah ke kita. ... Kembali pada Al Quran dan Sunnah.....moga moga Allah memberi hidayah pada Suami itu dan menyatukan kembali kepada isterinya.....dan hisup bahagia....amiin.