Ahad, 29 Mac 2015

Kenapa guru ni marah-marah?

Seorang guru dari British Council berhampiran Menara Berkembar Petronas naik berang apabila kelas Bahasa Inggeris kelolaannya terganggu akibat penganjur himpunan #KitaLawan gagal mengawal keadaan dan penyokongnya.

Anna Steven mendakwa himpunan itu telah menakutkan pelajarnya yang sedang mengikuti kelas tambahan di pusat bahasa itu yang terletak kira-kira 100 meter dari jarak demonstrasi tersebut.

"Pelajar-pelajar saya sangat takut apabila mendengar cerita mereka, bahkan ibu bapa mereka juga sudah bimbang dengan keselamatan mereka.

"Jadi saya terpaksa keluar dari kelas dan meluru jumpa penganjur untuk memastikan mereka tidak meredah kelas kami dan berharap mereka tidak lagi menjerit-jerit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Katanya lagi, perhimpunan tersebut bukan sahaja mengganggu tumpuan pelajarnya malah telah mengganggu ketenteraman awam.

Beliau juga kelihatan berkali-kali merayu kepada pihak penganjur #KitaLawan supaya tidak bertindak keterlaluan hingga boleh mendatangkan kecederaan kepada semua pihak.

Selepas puas merayu, beliau kemudiannya berlari semula ke kelasnya itu untuk mengawal dan memastikan para pelajarnya tidak berada dalam keadaan ketakutan.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: