Khamis, 23 April 2015

Ahmad Maslan sudah kena ...

Bila orang bentang, ko bantah, bila orang cakap kau buat pekak, sekarang ko jadi bangang dan mudah lupa ..

UMNO sudah expired. Idea hanya datang dari kaki ampu. Tidak efisen dan relevan.

Kerja UMNO tak habis-habis menyusahkan orang berpendapatan rendah.
Pakatan Rakyat (PR) memperkenalkan dua polisi cukai yang salah satunya merupakan alternatif kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan
Putrajaya pada April 2015.

Dua cukai tersebut ialah Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) yang berperanan sebagai alternatif kepada GST dan juga Cukai Warisan Harta bagi pemindahan
aset di kalangan golongan kaya. Semasa membentangkan Belanjawan Malaysia 2015 Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tahun 2015 sangat mencabar
bagi Malaysia.

Menurut ketua pembangkang itu, ini menyebabkan Belanjawan Malaysia 2015 (PR) fokus kepada beberapa isu pokok seperti gaji yang adil, mempertahankan subsidi
untuk golongan berpendapatan rendah dan skim perumahan rakyat yang lebih radikal bagi membantu golongan muda.

Ahli Parlimen Serdang (DAP) Ong Kian Ming dalam sesi penerangan belanjawan itu di Parlimen hari ini berkata, berbeza dengan GST yang bersikap regresif
dan melibatkan mereka yang berpendapatan rendah, beliau berkata kedua-dua cukai itu bersifat progresif dan melibatkan golongan yang mampu.

"Kedua-dua cukai ini dapat membantu pendapatan dan alternatif baik kepada GST," katanya. "Kerajaan selalu berkata GST bagus kerana lebih dari 100 negara
gunakannya... tetapi CGT yang sudah dilaksanakan lebih 127 negara lain," katanya ahli Parlimen penggal pertama itu.

Menurut pemimpin DAP itu, CGT dikenakan kepada perolehan keuntungan yang diperoleh oleh seseorang seperti penjualan stok saham, syarikat atau hartanah.
Ong berkata, dengan pengenalan cukai tersebut, dijangka dapat mengutip sehingga RM3 bilion pada tahun pertama sekiranya dilaksanakan. "Di Malaysia hanya
keuntungan dari penjualan rumah dalam lima tahun pertama pembelian dikenakan cukai. Keuntungan urusniaga modal lain tidak dikenakan cukai," katanya.

Bagi Belanjawan kali ini, PR memperuntukkan unjuran perbelanjaan RM273 bilion dengan pendapatan RM242 bilion. Dengan menggantikan cukai GST kepada CGT,
PR menganggarkan sebanyak RM3 bilion dapat dikutip daripada cukai tersebut pada awal 2015.

PR menolak alasan pengenalan CGT akan merencatkan pelaburan, memandangkan semua negara Eropah menganggotai Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi
(OECD) melaksanakan CGT.

Manakala bagi Cukai Warisan Harta, PR melihat Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk cukai bagi keuntungan hasil daripada perbarisan harta di kalangan
golongan kaya. Ini berdasarkan keupayaan United Kingdom (UK) memungut 2.7 bilion pound sterling (RM14 bilion) daripada Cukai Warisan Harta pada tahun 2011.

PR yakin pelaksanaan Cukai Warisan Harta juga boleh memungut cukai yang tinggi, kata Ong. Justeru itu dalam Belanjawan tersebut, PR mencadangkan supaya
Cukai Warisan Harta diperkenalkan bagi sebarang pewarisan atau pemindahan aset bernilai RM 5 juta ke atas.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata cadangan dua polisi cukai itu dilihat sebagai usaha PR menunjukkan kepada rakyat dan Putrajaya terdapat
cara lain untuk mengutip cukai selain mensasarkan kepada rakyat. "Besok kita jangka Najib akan umumkan unjuran pendapatan dulu iaitu sekitar RM248 bilion,
tetapi angka itu termasuk daripada melaksanakan cukai GST, pemotongan subsidi.

"Dan kita bezanya cuma RM3 bilion iaitu RM242 bilion, tetapi angka kita menggariskan dasar kita dengan tidak melaksanakan GST, memotong RM60 juta perbelanjaan
Biro Tata Negara (BTN) kita boleh dapat pendapatan itu.

"Dan itulah yang kita mahu tunjukkan kepada rakyat jangan tumpukan pada angka, tetapi cara kita mengelakkan cukai yang membebankan rakyat, kita tetap mengutip
cukai tetapi daripada golongan kaya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga menjangkakan daripada unjuran perbelanjaan Putrajaya akan meraih defisit sekitar 3.2% berbanding PR 2.6%. Pembentangan belanjawan itu dihadiri
pemimpin PR, termasuk Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang namun Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga presiden PAS tidak kelihatan pada
sidang media tersebut Belanjawan 2015 PR memberi penekanan kepada 10 perkara utama, antaranya gaji yang adil, hak perumahan rakyat dan golongan muda selain
pembangunan desa yang tidak dipinggirkan. – 9 Oktober, 2014.

Artikel di atas atas respon Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno yang semalam mencabar pembangkang supaya mengemukakan alternatif sekiranya mereka menolak pelaksanaan GST.

Hai hai hai ... aku pun tak tau dengan Timbalan Menteri ni ..!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: