Sabtu, 25 April 2015

KWSP dan sandiwara politik

Keputusan kerajaan untuk mengekalkan had umur pengeluaran caruman KWSP pada usia 55 tahun berbanding cadangan 60 tahun mendapat reaksi positif.

Selepas ia diumumkan, ramai yang memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mereka tidak lagi risau.

Kini semua orang berbesar hati kerana hanya dengan kata putus daripada Perdana Menteri itu jugalah, akhirnya mereka dapat menghembus nafas kelegaan untuk meneruskan perancangan selepas usia 55 tahun iaitu selepas mengeluarkan duit pencaruman masing-masing.

Namun, persoalan yang wujud ialah apakah isu ini diwujudkan semata-mata untuk menaikkan nama Najib atau untuk menutup isu-isu yang bergelumang di sekeliling pentadbiran beliau? Ataupun ia sebagai satu kaedah yang diguna pakai untuk memberi suntikan kesegaran kepada pemerintahan Najib supaya beliau dipandang semula sebagai seorang ‘hero’ atau penyelamat?

Apapun, pendekatan yang digunakan, ia bukanlah berjaya sepenuhnya. Walaupun ramai yang percaya kenyataan Najib itu sebagai penyelamat, lebih ramai yang berpendapat ia satu isu yang dibuat-buat.

Laman sosial Facebook KWSP saban hari dipenuhi dengan mesej-mesej yang mengutuk cadangan usia pencaruman kepada 60 tahun daripada asalnya, 55 tahun. Tidak ketinggalan mereka yang mencemuh survei tentang cadangan tersebut yang hanya dihadkan kepada pencarum yang berdaftar sekali gus mematikan peluang semua orang menyertai survei itu.

Hari ini, selepas Najib umumkan usia dikekalkan kepada 55 tahun, selain segelintir yang menyampaikan sokongan, ada juga yang melihat ia sebagai satu permainan politik.

Rata-rata memandang isu yg ditimbulkan oleh KWSP seumpama tiada angin tiba-tiba pokok bergoyang.KWSP dikatakan menggunakan satu strategi yang menimbulkan kelam kabut sehingga semua orang tidak kira daripada arus perdana atau berlawanan sama-sama menentang sehingga kita menemui seorang ‘hero’ yang dapat menyerang cadangan KWSP dan tampil dengan penamat yang ‘riang ria’ .

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: