Isnin, 27 April 2015

Siapa Mahathir hendak meminta Najib letak jawatan? .. pendedahan wajib baca!

Najib Razak sedang diasak sebagai perdana menteri Malaysia oleh bekas orang kuat Umno Dr Mahathir Mohamad dalam gesaan untuk mengusir beliau dari pejabat.

Mahathir menegaskan bahawa kemelut 1MDB, Cukai Barangan dan Perkhidmatan, BR1M, pembinaan jambatan bengkok ke Singapura adalah kegagalan pentadbiran Najib dan terdapat senarai panjang rungutan yang memeritkan terhadap kerajaan BN hari ini.

Tetapi di dalam sebuah buku yang diterbitkan beberapa tahun lalu oleh bekas editor Asian Wall Street Journal, Barry Wain, yang diberi nama “Malaysian Maverick:

Mahathir Mohamad in Turbulent Times”, Wain mendedahkan bahawa ketika tempoh perkhidmatan Mahathir sebagai perdana menteri lebih daripada RM100 bilion telah diseleweng.

Najib telah hadir dengan lebih terbuka dan telus berbanding zaman pemerintahan kuku besi Mahathir di mana beliau telah mendiamkan perbezaan pendapat dan mengharamkan buku ini sebelum Menteri Dalam Negeri akhirnya menarik balik pengharaman pada tahun 2010 kerana tekanan memuncak untuk membongkar perilaku dan urusan kotor Mahathir.


Sewaktu Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia beliau telah mengakibatkan lebih kesengsaraan kepada rakyat, beliau mungkin terlepas dan telah meningkatkan rangkaian kroni dan nepotisme beliau dan memberi sokongan kepada pengampu. Kebanyakan rakyat Malaysia mudah percaya dan naif dan berfikir yang Mahathir telah membawa pembangunan dan kemajuan.

Tetapi pada hakikatnya apa yang telah dibuat Mahathir kepada negara ini adalah kerosakan yang tidak terperi dan telah memberikan satu tugas yang begitu sukar Abdullah Ahmad Badawi dan Najib untuk membersihkannya.

Kerana kerosakan yang dilakukan oleh Mahathirlah yang memberi kesukaran kepada kedua-dua pengganti beliau dengan kelicikan dan kesilapan Mahathir memupuk korupsi dan bersubahat untuk membuatkan beliau terus berkuasa.

Kerana inilah, sejak daripada pengunduran Mahathir sebagai perdana menteri, kedua-dua Pak Lah dan Najib menanggung beban yang berat untuk membersihkan kerosakan yang dilakukan Mahathir dan cuba untuk memperbetulkan penyelewengan yang telah berlaku.

Terdapat juga persoalan berkaitan untuk ditanya siapa Mahathir yang mempunyai keberanian untuk menyuruh Najib letak jawatan hanya kerana legasi beliau sedang tercarik dan kebenaran tentang pentadbiran beliau semakin terdedah. Adakah Mahathir sangat diperlukan? Ianya turut tidak benar untuk mengatakan bahawa Mahathir bersalah terhadap pengagihan kemewahan yang tidak saksama dalam negara sehingga hari ini.

Masyarakat Melayu telah terpedaya dan befikir bahawa Mahathir benar-benar peduli tentang nasib mereka. Kebenaran sebenar tentang perkara ini adalah Mahathir telah mempergunakan undi orang Melayu untuk mengumpul kuasa yang cukup untuk mendiamkan pembangkang dan pengkritik.

Dengan senarai panjang mengenai kesalahan yang dilakukan beliau, siapa sebenarnya Mahathir untuk meminta perdana menteri yang telah diundi mengikut undang-undang sah untuk meletak jawatan? Sudah sampai masa untuk menghentikan bebelan mengarut beliau dan fokus membangunkan negara ini.

Pak Lah sedang dalam proses membangunkan negara sebelum Mahathir memulakan langkah menjatuhkan beliau dan sekarang beliau sedang merencana cubaan yang sama ke atas Najib pula yang sedang berusaha untuk membina semula negara ini dengan kesaksamaan merangkumi semua kaum.

* Asal UMNO aje, memang tidak dapat dipisahkan dengan melahap duit rakyat.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Wow..100 billion tuh..patut ler ank dia dlm top 10 org kya kt mesia..yg ni tk ader org nk buat siasatan ker

faizalj berkata...

ape ni saudara, kalau saudara menuduh dr mahathir songlap, silakan beri buktinya. supaya kami pembaca dapat menilai.