Jumaat, 24 April 2015

Tidak .. Tidak .. kata Mahathir!!

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi jawapan "tidak" apabila ditanya sama ada beliau akan bertemu Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu yang dibangkitkannya sehingga menimbulkan kemelut dalam pentadbiran Putrajaya ketika ini.

Bekas perdana menteri itu juga berkata, beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada Najib selepas beberapa kritikannya yang lantang kebelakangan ini, termasuk meminta Najib disingkirkan sebagai perdana menteri.

"Tidak, tidak," kata Dr Mahathir apabila diajukan soalan oleh wartawan selepas menghadiri program Malaysia Social Media Week di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir ketika ini dilihat sebagai pengkritik utama kepada pentadbiran Najib apabila mempersoalkan pelbagai skandal membabitkan pemimpin nombor satu negara itu. Beliau sebelum ini memberi kata dua kepada Najib supaya meletak jawatan bagi menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau turut membangkitkan skandal menyelubungi pentadbiran Najib seperti syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang dan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu, yang penuh skandal.

Serangan ke atas Najib diteruskan Dr Mahathir hari ini apabila beliau membangkitkan tentang kehilangan wang dalam firma 1MDB yang dilaporkan sedang menanggung hutang sejumlah RM42 bilion.

"Ia satu lagi perkara yang perlu dijelaskan oleh mereka," kata Dr Mahathir merujuk kepada laporan terbaru melibatkan 1MDB yang didakwa memberikan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya kepada cawangan Bank BSI di Singapura yang didedahkan Sarawak Report semalam.

Dr Mahathir paling lantang mempertikaikan ketelusan syarikat pelaburan strategik negara tersebut.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

hakim cekelat hack : korek korek korek

rafidah aziz : why why why (sambil memujuk mahdey)

mahdey : tidak tidak tidak