Khamis, 7 Mei 2015

Keputusan PRK Rompin 2015 | Najib bakal disembur lagi

  • KEPUTUSAN TERKINI PRK ROMPIN 2015










KEPUTUSAN PRK P091 ROMPIN 05 MEI 2015









KEPUTUSAN PRK P091 ROMPIN 05 MEI 2015


 


JUMLAH UNDI


PERATUS


Datuk Hasan Arifin (BN)


23,796


60.6%


Nazri Ahmad (PAS)


14,901


37.9%


Bilangan Keluar Mengundi : 39,288


Majoriti : 8,895


Peratus Keluar Mengundi : 73%


Undi rosak: 591 (1.5%)


 







KEPUTUSAN RASMI

BN berjaya mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Rompin dengan majoriti berkurangan sebanyak 41 peratus atau 6,219 undi.

Calon BN Datuk Hasan Arifin mendapat 23,796 undi mengalahkan calon PAS Nazri Ahmad yang mendapat 14,901.

Majoriti dimenangi kali ini hanya sebanyak 8,895 undi berbanding 15,114 dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya umum 2013 calon BN ketika itu, Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 berbanding calon PAS, Nuridah Salleh 14,926.


UMNO BN menang dengan majority lebih kecil


Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memenangi pilihan raya kecil Rompin dengan memperoleh undi majoriti lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2013.

Dalam pilihan raya kecil hari ini, Bernama melaporkan calon BN Datuk Hasan Arifin memperoleh 23,627 undi berbanding Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad yang menerima 14,871 undi, Kedua-dua mereka dipisahkah dengan 8,756 undi majoriti.

Berdasarkan bandingan, perolehan semasa menunjukkan PAS mengekalkan undi yang diperoleh parti itu pada 2013, manakala BN 'kehilangan' hampir separuh undi majoriti.

Dalam pilihan raya umum 2013 calon BN ketika itu, Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 berbanding calon PAS, Nuridah Salleh 14,926. Majoriti untuk BN ialah 15,114 undi.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi dipercayai menyumbang kepada keputusan hari ini.

Mengikut undian, BN memperoleh 22,679 undi, PAS 14,445 undi dan majoriti ialah 8,234 undi.


| TERDAHULU

a. Proses pengundian berjalan lancar, Jumlah Keluar Mengundi (JKM): (%). Perincian JKM setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) seperti berikut:

(1) Bandar Bukit Ibam 1559 / 933 : (60%) / BN 809 / PAS 115
(2) Kg Aur: 784 / 508 (65%) / BN 442 / PAS 66
(3) Kota Bahagia: 887 / 592 (67%). / BN 521 / PAS 71
(4) Bukit Serok: 725 / 483 (67%). / BN 319 / PAS 164
(5) Felda Keratong 2: 2524 / 1670 (66%). / BN 775 / PAS 895
(6) Felda Keratong 3: 1932 / 1079 (56%). / BN 802 / PAS 277
(7) Felda Keratong 5: 2119 / 1346 (63%). / BN 768 / PAS 579
(8) Felda Keratong 7: 1693 / 1100 (65%). / BN 594 / PAS 506
(9) Felda Keratong 4: 2350 / 1489 (63%). / BN 852 / PAS 637
(10) Felda Keratong 1: 3279 / 2117 (65%). / BN 1793 / PAS 324
(11) Felda Selancar 1: 1709 / 1298 (76%). / BN 1027 / PAS 271
(12) Muadzam Shah: 3293 / 1915 (58%). / BN 724 / PAS 571
(13) Bukit Ridan: 312 / 185 (59%). / BN / PAS
(14) Felda Keratong 10: 1358 / 845 (62%). / BN / PAS
(15) Felda Keratong 9: 1874 / 1470 (78%). / BN 958 / PAS 512
(16) Felda Keratong 8: 1504 / 976 (65%). / BN / PAS
(17) Kedaik: 1117 / 667 (60%). / BN / PAS
(18) Gading: 1055 / 706 (67%). / BN 654 / PAS 52
(19) Leban Chondong: 1250 / 814 (65%). / BN 718 / PAS 96
(20) Felda Keratong 6: 1593 / 1093 (69%). / BN 769 / PAS 324
(21) Cenderawasih: 396 / 235 (59%). / BN 191 / PAS 44
(22) Felda Selancar: 2194 / 1736 (79%). / BN 1274 / PAS 446
(23) Felda Selancar 3: 1449 / 964 (67%). / BN 636 / PAS 328
(24) Sungai Puteri: 2048 / 1201 (59%). / BN 701 / PAS 500
(25) Kuala Rompin: 969 / 617 (64%). / BN 389 / PAS 228
(26) Bandar Baru Rompin: 2468 / 1299 (53%). / BN 855 / PAS 444
(27) Pontian: 1952 / 1273 (65%). / BN 1150 / PAS 63
(28) Kg Janglau: 757 / 576 (76%). / BN 428 / PAS 148
(29) Kg Jawa: 1038 / 702 (68%). / BN 511 / PAS 163
(30) Endau: 1560 / 852 (55%). / BN 659 / PAS 193
(31) Pianggu: 1522 / 792 (52%). / BN 541 / PAS 251
(32) Felda Selendang: 1906 / (%). / BN / PAS
(33) Tekek: 666 / 360 (54%). / BN / PAS
(34) Juara: 171 / 164 (96%). / BN / PAS
(35) Kampung Genting: 142 / 105 (74%). / BN / PAS
(36) Mukut: 136 / 114 (84%). / BN / PAS
(37) Sarang Tiong: 834 / 413 (50%). / BN 271 / PAS 142
(38) Denai: 170 / 151 (89%). / BN 148 / PAS 3

Jumlah Pemilih : 53,294
Bil. KM : 34,110 (64%)

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului PAS dengan selesa dalam pilihan raya kecil Rompin setakat ini.

Sehingga jam 6.45 petang BN memperoleh 3,683 undi berbanding 1,803 undi untuk PAS.

Calon PAS, Nazri Ahmad memang berdepan laluan sukar dalam pilihan raya kecil ini.

Selain dikenali sebagai kubu kuat BN, Rompin juga menyaksikan BN menurunkan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Datuk Hasan Arifin.

Dalam pilihan raya umum lalu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjin memenangi kerusi itu dengan majoriti 15,114 undi.
-malaysiakini-

Kronologi pembuangan undi PRK Rompin


Berikut adalah kronologi proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang diadakan pada Selasa:

7.30 pagi: Polis trafik mengawal lalu lintas di hadapan Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, Kuala Rompin.

Anggota polis turut memantau keadaan di sekolah.

Petugas media mula berkumpul di pintu hadapan sekolah tersebut.

7.45 pag: Pengundi turut menunggu di pintu depan sekolah sementara menunggu pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi.

Calon BN Datuk Hasan Arifin dijangka membuang undi di sekolah ini pada pukul 8 pagi.

7.55 pagi: Keadaan trafik agak terkawal.

7.57: Calon PAS Nazri Ahmad Sudah menunggu untuk membuang undi di Sekolah Agama Rakyat Keratong 5.

8 pagi: Sebanyak 38 pusat mengundi bagi PRK Parlimen Rompin mula dibuka untuk membolehkan 52,744 pemilih menunaikan tanggungjawab mereka.

8.24 pagi: Calon BN, Datuk Hasan Arifin tiba di pusat mengundi ditemani
isteri dan anak-anaknya.
8.40 pagi: Salah seorang anak lelaki Hasan menunggu giliran untuk membuang undi.



8.42 pagi: Datuk Hasan bersama isterinya Datin Rozidah Karim beratur bersama pengundi lain untuk menunggu giliran mengundi.



8.55 pagi: Datuk Hasan dan isteri selesai membuang undi.

9.08 pagi: Datuk hasan meninggalkan pusat pengundian bersama keluarganya. Beliau akan melawat ke beberapa Pusat Daerah Mengundi selepas ini.


9.10 pagi: Penyokong BN yang berada di seberang jalan berhadapan sekolah melaungkan 'Hidup BN'.

9.30 pagi: Kehadiran pengundi di pusat pengundian SK Leban Chondong semakin bertambah.

9.40 pagi: Ketua Polis Daerah Rompin, Timbalan Superintendan Johari Jahaya memberitahu situasi di semua pusat pengundian berada dalam keadaan terkawal. Tiada sebarang provokasi dicetuskan mana-mana pihak setakat ini.

9.50: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di SK Leban Chondong untuk meninjau keadaan di pusat pengundian ini.



10 pagi: SPR memaklumkan sebanyak 31.0 peratus atau 17,050 pemilih telah membuang undi.

11 pagi: Seramai 24,438 pemilih atau 46 peratus telah keluar mengundi. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyifatkan peratusan tersebut sangat tinggi iaitu kira-kira 15 peratus sejam.

12 tengahari: Sebanyak 56.2 peratus atau 29,935 pemilih keluar mengundi.

1 petang: Sebanyak 62.67 peratus atau 33,402 pemilih keluar mengundi.
2 petang: Seramai 35,459 pemilih atau 66.53 peratus sudah keluar mengundi.

3 petang: Seramai 37,502 pemilih atau 70.37 peratus telah keluar mengundi.

4 petang: Sebanyak 72.88 peratus atau 38,843 pengundi telah keluar mengundi.

5 petang: Kesemua 38 pusat pengundian telah ditutup. Keputusan PRK Rompin hanya akan diketahu seawal pukul 11 malam Selasa.


Tahniah rakyat Rompin


Tahniah kepada warga Felda yang mengundi BN. Tahniah juga kerana anda menyokong GST. Tahniah kerana anda menolak PAS. Tapi jangan menyesal kemudian hari.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

27 respon:

Tanpa Nama berkata...


kah..kah..kah..
aku dah agak PAS akan "menang" besaq
sbb Presideng nya kuat tidoq...apa pun tak tau bila di tanya

Tanpa Nama berkata...

pangkah BN, kena GST termenung di kedai kopi. bodoh

Tanpa Nama berkata...

Sapa kata orang bodoh dia lebeh bodoh hahaha

Tanpa Nama berkata...

Pada hemat gua, dpt kurangkan majoriti dah cukup baik.

Tanpa Nama berkata...

undi pas nak hudud. sekali ternganga rakan pakatan yg tolak hudud umno pulak sokong... haha!

Tanpa Nama berkata...

Tanya hati kau, tak payah berlakun......bagus ke GST

Tanpa Nama berkata...

Keputusan prk Rompin menunjukkan majoriti penduduk di situ masih percaya yang Kerajaan BN bukan kerajaan yang zalim.. mereka percaya cukai gst yg dikenakan pada barangan adalah baik untuk negara dan masa depan rakyat...logiknya bila semua point transit barangan direkod dengan cukai maka tiada lagi 'barangan haram' masuk dalam pasaran disebabkan mekanisma gst dapat mengesan dengan berkesan sebarang perbezaan jumlah stok masuk/keluar yg ada pada peniaga..manfaat pada rakyat, harga setiap produk boleh diPANTAU dengan efisien dari proses pengeluaran hingga sampai ke tangan pengguna (rakyat le ni)...sekiranya berlaku keadaan dimana harga barangan yang sampai pada pengguna tidak munasabah maka tindakan dan tekanan dapat dikenakan pada point yg tepat..risiko spekulasi dapat dikurangkan dengan extreme ..

Najib berani amik risiko sebab beliau tahu pada hari/tahun mendatang, rakyat akhirnya akan menghargai jugak 'tindakan tidak popular' ini...

Dinbt

Tanpa Nama berkata...

Pas menang moral.. tahniah

Unknown berkata...

sbb ramai yg bodoh dan bahlol mcm ko lembu BN kat rompin...

Tanpa Nama berkata...

Dok cite GST..last kalah jugak...brim hang sapu jugak...sebulan hang belanja 1k..6%gst RM60..hahahhaha

Tanpa Nama berkata...

Siapa kata rakan pakatan tolak hudud..pkr tak pernah kata tolak hudud..cuma pkr nak tgk dulu mcm mana cara terbaik untuk laksanakan hudud.. yg umno bn ni bukan semua pun yg sokong.. cuma umno kelate je sokong.. kerajaan pusat tak pernah sokong pun hudud ni.. dari masa arwah tok guru nik aziz hidup lg..mcm 2 alasan bodoh umno ni ckp.lalau PR (DAP) tak sokong... sama jugak dgn BN.. MCA&MIC pun tak sokong..lagi teruk..lu pikir la sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Bodohnya macai bn, majoriti bn makin menurun..tandanya penyokong bn dah sokong pas..hahahaha..macai bn xperasan yg bn makin hari semakin hampir mampos..hahaha

Tanpa Nama berkata...

Skrg sudah jelas penyokong pas tak berubah .penyokong bn dah kurang byk .gara gara gst .penyokong bn yg marah tk dtg mengundi dan rosak kan undi.skrg bahaya bagi bn dlm pilihanraya akan dtg pasti kalah .rompin sbb byk melayu.kita tengok pmtg pauh.lagi teruk kalah.semuabtk suka gst

SAM72 berkata...

Apa cerita sekalipun, PAS dah kalah dah. Itu saja. Terimalah dengan hati yang terbuka. Jangan dok asyik meroyan saja lebih tetapi isinya tiada.

Tanpa Nama berkata...

karat biru memang camtu...x bgs pun ckp bgs untk rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pas....berjaga- jagalah UMNO inilah amaran yg bakal melanda pada PR14 nanti

Tanpa Nama berkata...

Cakap senang, realitinya tak sama .

Tanpa Nama berkata...

Semua bising pasal GST la.. rasuah la.. x adil la... Felcra/Felda kroni bolot la...

Bile time pilihanraya "alamak... nnti cina perintah... undi je lah BN"

Racist.....

Tanpa Nama berkata...

Sokong dengan pendapat ini.. Indonesia semenjak tahun 1984 sudah melaksanakan GST.. Pemimpin mereka sudah tahu semenjak dari perlaksanaannya tentang kebaikannya. Sekarang ini tahun 2015 rakyat Indonesia sudah merasai nikmatnya.. Bolehlah dibandingkan Malaysia dengan Indonesia tahun 1984 dahulu..

IrWrWs berkata...

Ikut peratusan mengundi pas dikira memperolehi pertambahan pengundi baru..

Tanpa Nama berkata...

lu jgn suka kata org nanti lu mampos tak beriman sedar sikit lo

Tanpa Nama berkata...

Mmg la majoriti kurang...tapi undi pas tak bertambah pung...hahhahahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Dulu tunggu pru13, sekarang tunggu lagi 14. Bosan ugutan mengarut tu.undi bn susah undi PR pun sudah.PR janji tinggi awan, mcm baca komik doraemon,semua boleh selesai,ptptn pun free.....sekurang2nya BN anak2 masih belajar pecuma, yg susah kena bagi rmt lagi.jgn berpura2, takde manusia yg x racist.tepuk Dada Tanya otak.

Tanpa Nama berkata...

Pas parti islam..tp perkataan bodoh dr mulut ko tu,tanda islam ke..ko tu lg bodoh..pas sendiri takut dgn dap..ko nk tanah yg ada skrg hilang..nk ke jd mcm singapore,org mlayu dh jd hamba kpd cina..

Tanpa Nama berkata...

Pangkag BN dapat GST. Pangkah PKR Anwar bongok macai DAP macam lembu dicucuk dubur. Pangkah DAP bil air melampau untuk bayar mercedes Lim Guan Eng, melayu kena halau. Cuma PAS terrrbaik.

Tanpa Nama berkata...

Banyaklah kau punya bagus GST..nasib aku bukan pengundi kalau tak sahih aku akan hilangkan satu lagi undi untuk BN..

Tanpa Nama berkata...

orang rompin kaya kaya sdd tu depa x kesah dan mampu bayar GST !!!!