Khamis, 25 Jun 2015

Abang maut bergaduh dengan adik di Banting .. bulan puasa pulak tu ..

Kisah berlaku di Banting Selangor, Akibat hawa nafsu, bulan baik dicemari dengan pembunuhan abang sendiri di Banting. Dari gigit menggit hinggalah aksi libas pisau dan akhirnya mengundang maut si abang ... alahai ..
BANTING: Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas bergaduh dengan adik kandungnya, di sini, petang semalam.

Difahamkan, pergaduhan antara mangsa dengan adiknya yang berusia 26 itu berpunca kerana mangsa tidak berpuasa.

Ketua Polis Kuala Langat, Supritenden Zailan Tasir, berkata pergaduhan kira-kira jam 6.30 petang itu bermula dalam bilik suspek dengan suspek menggigit
jari mangsa dan mangsa menggigit telinga suspek.

Katanya, berang dengan tindakan abangnya, suspek mengajak mangsa menyambung pergaduhan di luar rumah.

"Mangsa kemudiannya bertindak agresif dengan mengambil besi panjang di dapur manakala suspek mengambil pisau.

"Ketika pergaduhan, mangsa terkena libasan pisau di leher kiri tetapi dia bangun dan keluar rumah bersama seorang kawan menaiki kereta suspek untuk ke
hospital," katanya.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Suspek yang bekerja sebagai operator kilang kini ditahan polis untuk siasatan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: