Ahad, 28 Jun 2015

Ini ulasan Datuk Dr Haron Din mengenai G18

Haron berkata, kekalahan dalam pemilihan lalu bukan bermakna  ahli PAS mahu menghalau mereka, sebaliknya pemimpin terbabit sendiri mahu keluar dari parti

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengingatkan tindakan pemimpin progesif meninggalkan parti itu hanya akan menguntungkan "musuh" serta melemahkan gerakan
Islam.

Menurut laporan The Star hari ini, Haron menasihati kumpulan digelar G-18 itu supaya tidak meninggalkan PAS atau mereka akhirnya akan dilupakan.

"Sekumpulan kambing akan menjadi lebih selamat apabila mereka bersama, tetapi kambing yang memilih untuk bersendirian berdepan risiko diterkam serigala,"
katanya.

Haron yang tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam mana-mana pilihan raya berkata, dengan berpisah daripada kumpulan utama, mereka bukan saja menyebabkan
perpecahan parti, malah gerakan Islam.

"Tindakan mereka hanya akan menguntungkan musuh," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan "musuh" yang dirujuknya itu.

G-18 dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan politik selepas mereka disingkirkan secara berkumpulan oleh perwakilan PAS yang bermuktamar di
Kuala Selangor pada 4 hingga 6 Jun lalu.

Sebagai ganti, kumpulan konservatif menguasai seluruh jawatankuasa pusat serta sayap PAS.

Satu-satunya pemimpin progresif yang memenangi pemilihan itu, Mazlan Aliman, juga kemudian meletak jawatan.

Haron berkata, kekalahan dalam pemilihan lalu bukan bermakna  ahli PAS mahu menghalau mereka, sebaliknya pemimpin terbabit sendiri mahu keluar dari parti
berkenaan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg WUJUD akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain

mohd shahran berkata...

yang nak keluar manusia yang tinggalkan kambing, kambing yang berada di dalam kandang penjaga pintunya adalah serigala.

Tanpa Nama berkata...

hadi kata nk bersihkan PAS dpd golongan sekular (yg bkn kelulusan agama)....maka label2 buruk digunakan. ini bukan kekalahan pemilihan secara sihat, ini memang nk halau profesional.

apasal pulak boleh lemahkan PAS..... 'kita kan kuaaatttt'

memang otak UG dah keliru lintang pukang bengong semua. apa yg dia nk pun kita tk tahu.

benda was2 ni elok ditinggalkan.

anis muhammad berkata...

ok je

anis muhammad berkata...

ok je