Jumaat, 31 Julai 2015

Petanda Mukhriz akan digulingkan sudah ada?

Menteri Besar
Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak rasa terancam selepas video kontroversi dirinya bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin tersebar. 

Video berkenaan memaparkan Muhyiddin mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui wang berjumlah US$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke
akaun peribadi miliknya. 

Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan memaklumkan perkara itu kepada tetamu di kediamannya pada Selasa malam, yang beliau menemui Najib berhubung laporan
akhbar The Wall Street Jounal yang mendakwa wang tersebut adalah daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Mukhriz berkata beliau tidak boleh menghalang Muhyiddin daripada membincangkan perkara itu di dalam kediamannya sendiri, dan menambah, beliau tidak mencampuri
perbualan Muhyiddin dengan tetamu yang lain.

Laporan Kwong Wah Yit Poh bagaimanapun menyebut Mukhriz mengetahui individu yang merakamkan video berkenaan. 

Ketika ditanya sama ada kedudukannya sebagai menteri besar akan terancam, Mukhriz berkata, beliau tidak terancam kerana kedudukan itu adalah terletak pada
kuasa tuhan. 

Difahamkan 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah menemui Najib baru-baru ini untuk memaklumkan rungutan berhubung corak pentadbiran Mukhriz. 

Sumber berkata kepada The Malaysian Insider berkata, mereka ialah Adun Kuah Nor Saidi Nayan, Adun Jeneri Mahadzir Abdul Hamid, Adun Bukit Lada Datuk Ahmad
Lebai Sudin, Adun Kupang Harun Abdul Aziz dan Adun Pantai Mereka Ali Yahya.

Beberapa keping gambar pertemuan Najib dengan dengan 5 Adun Kedah yang tidak sehaluan dengan Mukhriz sudah tersebar dalam kumpulan-kumpulan WhatsApp.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Najib mengadakan pertemuan dengan 5 Adun tersebut beberapa hari sebelum pengumuman rombakan Kabinet baharu ini.

"Biar gambar berbicara," kata seorang pemimpin akar umbi Umno Kedah kepada The Malaysian Insider.

Daripada 5 Adun tersebut, Ahmad sebelum ini antara yang lantang mengkritik Mukhriz dan menggesa supaya anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu menyatakan
sokongan kepada Najib atau letak jawatan sebagai menteri besar Kedah.

Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengakui ada mengadakan pertemuan dengan Najib  sebelum rombakan Kabinet baharu ini, bagaimanapun enggan mendedahkan
sebarang maklumat mengenai pertemuan tersebut.

"Ya, kami ada jumpa Najib baru ini. Tapi saya tidak ingat bila," kata Ahmad Lebai yang enggan menerangkan lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut.

Sumber memberitahu, Adun yang berjumpa dengan Najib membuat luahan hati mereka dan menyatakan ketakpuashatian mereka terhadap cara pentadbiran Mukhriz.

"Mereka mengadu banyak perkara tentang Mukhriz, mengadu domba pun ada juga," kata sumber itu.

The Malaysian Insider cuba mendapatkan komen daripada Mukhriz mengenai perkembangan baharu ini, bagaimanapun setakat artikel ini ditulis masih belum menerima
maklum balas. – 30 Julai, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: