Ahad, 30 Ogos 2015

Kereta peserta Bersih 4 terbakar

Sebuah kereta jenis Kia Forte milik seorang peserta himpunan Bersih 4 terbakar, awal pagi tadi.

Pemiliknya, Kelvin Thong berkata, hasil siasatan forensik polis mengesahkan, keretanya telah dibakar dan beliau percaya ia akibat perbuatan khianat.

“Saya dimaklumkan polis forensik, siasatan awal mendapati kereta saya dibakar.

“Dibakar oleh individu atau pihak yang tidak pasti sama ada mempunyai kaitan dengan himpunan Bersih 4 atau unsur-unsur lain, sama ada sengaja atau tidak
sengaja,” katanya.

Menurutnya, beliau meletakkan keretanya di tepi jalan, bersebelahan Bank Negara Malaysia, di Jalan Sultan Salahuddin pada jam 2.30 pagi tadi, untuk menyertai
himpunan Bersih di Dataran Merdeka.

“Apabila saya bersedia untuk mengambil kereta saya dengan rakan untuk balik ke rumah pada pukul 7 pagi tadi, saya ternampak bahagian depan enjin kereta
saya dibakar, tetapi bahagian belakang kereta masih elok dan sempurna,” katanya seperti yang ditulis dalam laporan polis dibuatnya.

Beliau menganggarkan kerugian kira-kira RM70,000 dan mengecam pihak yang membakar keretanya, kerana beliau tidak boleh menuntut pampasan daripada syarikat
insurans.

“Saya bertanya kepada orang ramai berdekatan tempat kejadian dan diberitahu anggota bomba dari Balai Bomba Hang Tuah dikerahkan untuk memadam api sekitar
jam 5 atau 6 pagi tadi,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

diakhirat nanti akan diadili makhluk yang terlibat