Ahad, 30 Ogos 2015

Kumpulan "ayahanda" ugut buat kacau dalam BERSIH 4

Polis memberi jaminan akan terus menjaga keselamatan orang ramai, selepas mesej-mesej ugutan tersebar di media sosial, mendakwa penyokong Bersih 4 di ibu
negara akan melancarkan serangan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Mat Isa mengesahkan, siasatan sedang dijalankan berhubung ugutan sebuah kumpulan bernama “Ayahanda” yang dikatakan
berhasrat mengganggu perhimpunan Bersih 4 di ibu kota, malam ini.

Jelasnya, ugutan itu telah dikenal pasti, selepas ia tersebar di media sosial sejak semalam.

“Kami tahu mengenai ugutan itu dan sedang menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan perhimpunan, sekalipun perhimpunan Bersih 4 yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa, diteruskan seperti
jadual pada jam 2 petang Sabtu.

Tajuddin berkata, polis akan terus melindungi keselamatan orang ramai, walaupun himpunan Bersih 4 kekal aman dan peserta juga memberi kerjasama, dengan
mematuhi arahan dan menjaga kebersihan di ibu kota, sehingga kini.

Beliau berharap peserta akan berkelakuan baik sehingga perhimpunan itu tamat.

Sementara itu, penganjur Bersih 4 mendirikan pentas bergerak di luar Dataran Merdeka, untuk membolehkan persembahan dan pemimpin berucap, selain akan digunakan
untuk tujuan karaoke.

Ribuan orang berhimpun di lima lokasi, iaitu Menara Maybank, Brickfields, pusat beli-belah Soho, Masjid Negara dan Pasar Seni, sebelum bergerak ke Dataran
Merdeka, sejak jam 2 petang Sabtu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali turut meluangkan masa kira-kira 20 minit di Dataran Merdeka, kira-kira
jam 7.30 malam Sabtu.

Penganjur perhimpunan itu tidak berhenti mengingatkan peserta supaya tidak melepasi sekatan pihak berkuasa di sekitar Dataran Merdeka.

Terdahulu, sebuah kanopi mengalami kerosakan, akibat dua kebakaran kecil yang berlaku di Rumah Persekutuan, berhampiran Dataran Merdeka, semalam.

Kebakaran itu berpunca daripada bom petrol yang dilontar individu ke tempat letak kereta di Rumah Persekutuan.

~ the rakyat post

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Abdul Said berkata...

Hari-hari ketuanan ringgit, tanah, AP, lesen, kontrak, permit dan saham percuma sedang menuju kepada kehancuran. Untuk maju negara ini memerlukan pemimpin-pemimpin awam, kerajaan, komersial dan intelektual yang cerdik dan berpemikiran kehadapan. Yang IQ rendah janganlah berpolitik, berniaga dan berada dipusat-pusat pengajian. Yang malas, kaki bodek, penipu, malas bekerja dan berusaha hendaklah dijauhkan dari aktiviti-aktivitii mmbuat dasar dan polisi. Semoga Malaysia maju dan bersih dari pemimpin-pemimpin yang bodoh dan bingai!!!

jowo berkata...

Wahai polis adil lah sikit. Allah Maha Mengetahui niat anda. Yang buat kacau bukan dari kelompok BERSIH 4. Gaji yang anda terima biar bersih, halal.

Unknown berkata...

Geng puak ni la yg kantoi baling mercun bola kat bersih 4