Isnin, 12 Oktober 2015

Ahli Parlimen DAP cabar timbalan menteri lempang di Parlimen

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mencabar Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman untuk "melempang" beliau pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Pemimpin DAP itu berkata, cabarannya itu susulan daripada tindakan pemimpin Umno itu yang mempertahankan kenyaaan lempangnya hanya ditujukan kepada kaum
Cina.

"Kalau berani lempanglah saya pada 19 Oktober nanti, apabila Parlimen bersidang kembali. Ini cabaran saya kepada Datuk Tajuddin Abdul Rahman, apabila timbalan
menteri Umno ini berhujah amaran lempangnya tempoh hari ditujukan kepada orang Cina DAP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata rakyat pastinya teruja mahu melihat sama ada beliau akan menerima nasib yang sama sepertimana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sri
Delima Pulau Pinang RSN Rayer.

Wakil rakyat Pulau Pinang itu didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengucapkan perkataan "celaka Umno" pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau
Pinang.

"Apa-apa pun, saya mahu mencabar Tajuddin, sekiranya beliau benar-benar anak jantan, supaya mengulangi ugutan mahu melempang orang Cina itu di dalam Dewan
Rakyat apabila Parlimen kembali bersidang minggu hadapan.

"Saya sedia menanti, sekiranya Tajuddin akan berani mengulangi ugutannya itu di Dewan Rakyat, terhadap rakyat yang menjadi majikannya sendiri. Lempanglah
saya kalau berani, biar rakyat jadi saksi betapa rendahnya akal budi seorang timbalan menteri," katanya.

Pada masa sama beliau juga turut menasihati Tajuddin supaya mencontohi akhlak dan peribadi pemimpin-pemimpin Melayu-Islam yang diingati sejarah kerana
keluhuran budi pekerti mereka, bukan kerana sikap samseng dan kerendahan budi pekerti. – 12 Oktober, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Abdul Said berkata...

Apa lagi? Jangan jadi samseng kampung. Seronok juga kalau jadi.

Unknown berkata...

Lempang la Din, apa tunggu lagi, orang dah bagi peluang. Lempang semua MP DAP tu. Dah kita ni kaki lempang kat kampung.

Tanpa Nama berkata...

Butuhla kalau brani!!!Pui!!!!

Tanpa Nama berkata...

byk pengampu DAP.... bdoh