Khamis, 29 Oktober 2015

Isteri kedua rogol suami

SEOUL: Seorang suami berdepan detik hitam apabila isterinya bertindak menguncinya di dalam rumah selama 29 jam, sebelum memaksa mengadakan hubungan seks dengannya.

Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, wanita berusia 40 tahun yang dikenali dengan nama keluarga, Shim itu bertindak demikian untuk mendapatkan bukti dalam prosiding perceraian.

Bagaimanapun, Shim kini ditahan atas dakwaan memperkosa suaminya dan sekaligus menjadi dia sebagai wanita pertama yang dibicara di negara itu atas kes pemerkosaan dalam hubungan perkahwinan.

Pejabat Pendakwaraya Seoul memberitahu bahawa wanita terbabit telah mengurung suaminya secara paksa untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Mahkamah Korea Selatan pada Mei 2013 telah menyenaraikan pemerkosaan pasangan dalam perkahwinan sebagai jenayah.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: