Isnin, 12 Oktober 2015

Pas kata ahli Amanah kafir?

Pas kata ahli Parti Amanah Negara (Amanah) kafir? Demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan menerusi status Facebooknya.

Beliau yang menganggap tuduhan itu serius juga menuntut jawapan siapa, bila dan di mana kenyataan tersebut dikeluarkan.

‘Pas kata ahli Amanah kafir? Siapa? Bila? Di mana? Tuduhan serius ini!,” tulisnya.

Jumaat lalu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu meminta pihak tertentu supaya berhenti menggelar Amanah sebagai parti 'kafir' dan menyimpang.

Menurutnya, tindakan itu dikhuatiri menyebabkan perbalahan sesama masyarakat Islam berbeza fahaman politik di negara ini.

Sementara itu, dipercayai merujuk kepada laporan portal berita yang menyebut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa 60 peratus daripada 50,000 ahli Amanah adalah bekas pemimpin Pas, Nasrudin menyifatkan kenyataan itu tidak munasabah.

“60% dari 50,000 ahli Amanah adalah bekas pimpinan Pas? 60% bersamaan 30,000. Pas ada 193 kawasan dan ini bermakna Pas kehilangan 30,000 pimpinan.

“Ini juga bermaksud secara purata, setiap kawasan kehilangan 155 pimpinan. Kalau berdasarkan dakwaan itu, semua kawasan Pas telah ditutup seluruh negara. Suatu kenyataan yang tidak munasabah,” katanya.

* hai hai hai .. itu salah teknikal sahaja. bukan pemimpin tapi ahli seluruh Malaysia. Biar lantak la kau wahai PAS. aku nak tengok Parlimen Temerloh ni macam mana PRU 14. hahahahhaha

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ada ustaz2 yang dahulu harapkan derma orang ramai untuk mengaji mesir boleh siap ancam tak mau solat jenazah ahli2 AMANAH.... ISLAM JENIS APA YANG MEREKA BELAJAR DI SANA YE?

Tanpa Nama berkata...

Parlimen Temerloh akan dapat pada Pas juga sebab dan ada persetujuan anatar 2 peminpin teratas.nasaruddi jangan bimbang .menag punya atas undi pelarian conggo.