Isnin, 23 November 2015

Dulu kafir, sekarang boleh pulak dengan tuntutan syarak .. lawak apakah ini wahai PAS

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengakui pendekatan PAS ke atas UMNO sejak kebelakangan ini telah berubah.

Menurut beliau, perubahan itu bertujuan menyatukan umat Islam negara ini bagi mengagalkan cita-cita pihak yang mahu menangguk di air keruh.

“Memang betul ada perubahan pendekatan PAS dengan UMNO. Ia konsisten dengan pendekatan pemimpin tertinggi PAS termasuk Presiden dan Mursyidul Am PAS.

“Pendekatan yang merapatkan umat ini akan menggagalkan anasir yang mahu beroleh keuntungan dengan jalan pecah dan perintah,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Amzad berkata, pendekatan baharu PAS yang lebih terbuka dengan UMNO itu turut memenuhi tuntuan syarak iaitu merapatkan silaturrahim sesama umat Islam.

Menurutnya, perbalahan sesama umat Islam perlu diselesaikan dengan pendekatan konstruktif, bukannya meneruskan dasar destruktif PAS sebelum ini.

“Setiap solat Jumaat kita tidak pernah pun berhalangan solat berjemaah bersama. Perpecahan merugikan semua,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

nick berkata...

Jadi mengakulah bahawa dasar PAS sebelum ini (yang turut bermaksud dasar yang dibawa PAS semasa menjadi parti komponen PR) adalah dasar "destructive" ata dasar yang memusnahkan dan yang membawa kerosakan! kalau hang tak cakap pun kami semua dah tahu, Hj Hadi dan geng2 dia memacu PAS bukan untuk membina Islam tapi nak merosakkan masyarakat. Dah berapa kali dah PAS ni asyik2 merosakkan "kerjasama atau pakatan" yang dia terlibat? Dulu APU pun habis, PR pun dah kiok dan sekarang dok tengah mengacau taik nak lempar kat PH pulak. PAS ni dah mesra UMNO tapi masih lagi dok menyebuk cakap yang dia adalah pembangkang! Agak2nya dia ingat pembangkang tu kerjanya duduk mengangkang aje pastu cakap banyak, kerja takdak tapi gaji dan elaun sapu licin, satu sen pun berkira! Pasal itulah Nabi Muhammad SAW berasa bimbang dengan keadaan umatnya diakhir zaman sebab banyak benor dajal kecil iaitu Imam2 yang mengajak kepada kesesatan! Duit rasuah 2.6 billion kena ada 2 orang saksi? Duit derma tu mustahil masuk dalam akaun Najib sebab najib tak bodoh (yang bagi alasan macam tu tak bodoh ke)?

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

PAS yg sedang tenat.... biarkan

Abdul Said berkata...

Sedapnya cakap. Konon-konon Islamik sangatlah tu. Hello mamat, lu orang pergi cermin muka dululah. Lu orang opportunis. Ugama dibuat cari kekayaan. Ugama dibuat cari nama dan kedudukan. Pasal Islamik sangatlah sampai ramai keluar PAS. Sampai pandai memfitnah dan mencaci. Macam mana belit lu orang punya serban macam tulah hati lu punya belit. Masa Almarhum Tuan Guru Nik Aziz ada semua tak berani. Tunjuk alim konon. Alim alim kucing !!

Tanpa Nama berkata...

dulu kata mcm2 kt umno......pastu skrg baik plak........