Ahad, 22 November 2015

Malaysia tawar pelabuhan Kota Kinabalu kepada tentera laut China

Malaysia bersetuju menawarkan pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah bagi digunakan tentera laut People's Liberation Army (PLA) pada 10 November lalu, walaupun sentiasa curiga dengan aktiviti kuasa besar Asia itu di Kepulauan Spratly, lapor akhbar Singapura.

Menurut laporan The Straits Times (ST), kebenaran itu diberikan Putrajaya bagi mengekalkan pendirian neutral selepas tentera laut Amerika Syarikat (AS) menggunakan pelabuhan sama seminggu sebelum tawaran kepada China dibuat Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

Tentera laut AS sebelum ini menggunakan pelabuhan itu selepas selesai membuat rondaan 12 batu nautika dari kawasan Terumbu Subi.

"Ia tawaran sama yang dibuat kepada USN (United States Navy) bagi menunjukkan kita tidak berpihak," kata Laksamana TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar kepada ST.

Menurut Aziz, PLA maklum akan tawaran itu, namun belum memberitahu pihaknya tarikh sebenar kapal mereka akan singgah berlabuh.

China dan AS mutakhir ini rancak mempamerkan pengaruh mereka di rantau Asia Tenggara.

China juga semakin mengukuhkan tuntutan mereka ke atas Laut China Selatan sementara AS pula melakukan rondaan udara dan laut di kawasan sama, lapor ST. – 22 November, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: