Khamis, 26 November 2015

Maria Chin perempuan sial - PERKASA

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dilabel sebagai ‘perempuan sial’ kerana mengaitkan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dengan kegiatan ekstremis di negara ini ketika pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama hujung minggu lalu.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau mengetahui perkara itu apabila membaca dakwaan Maria Chin melalui portal berita.

“Kalau Maria Chin berhujah kononnya kerajaan mengizinkan ekstremisme dia sebut nama PERKASA kononnya kerajaan tidak ambil tindakan ke atas NGO yang ekstremis.

"Mana dia tahu (PERKASA estrem), dia nak suruh saya panggil dia perempuan sial,” kata Ibrahim dalam sidang media di Pejabat PERKASA, di Kuala Lumpur, hari ini.

Ibrahim menafikan bahawa PERKASA adalah kumpulan yang terlibat dengan kegiatan keganasan sebaliknya menyifatkan BERSIH lebih ekstrim kerana menganjurkan demonstrasi besar-besaran.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan NGO bukan kerajaan dan aktivis ketandusan modal dan menjaja berita yang tidak ditentukan kesahihannya kepada Obama.

Sementara itu, Chin ketika dihubungi tidak mahu mengulas bidasan PERKASA itu.

"Saya sedang bermesyuarat sekrang. Saya tidak mahu ulas," katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ibrahim turut mendakwa, pertemuan antara Obama dan NGO pro-pembangkang adalah ‘psikologi’ Amerika Syarikat untuk menakut-nakutkan kerajaan Malaysia.

“Sekarang dia (Amerika) tengok Malaysia ada masalah, ini masanya dia akan gunakan. lepas itu dia datang sini dia ada rekod NGO yang anti-kerajaan, bila jumpa dengan mereka (NGO), takut lah (kerajaan),” katanya.

Ibrahim turut membangkitkan, mengapa hanya NGO pro-pembangkang yang diundang untuk bertemu dengan Obama, sedangkan masih banyak lagi pertubuhan lain di negara ini.

“Kalau dia (Amerika) hebat isu demokrasi sepatutnya jemput semua NGO, kenapa tak jemput sama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Ikatan Muslim Malaysia (ISMA)…

“Saya tidak suka (kalau PERKASA) dijemput, (tapi kenapa) selektif ingin bertemu dengan NGO,” katanya.

Ibrahim juga disoal wartawan mengapa Obama diraikan seperti ‘maha dewa’ di negara ini sedangkan semua sudah sedia maklum bahawa Amerika adalah negara yang zalim.

“Bila dia (Obama) datang negara kita, kena rai sebagai tetamu..

“Kita (PERKASA) tak sokong (Amerika Syarikat). Saya memang dari dulu tidak sokong Amereka. Saya turut dilatih, tunjuk perasaan (di) kedutaan Amerika semasa masih belajar.

“(Obama) tak ada hebat sangat (cuma) media memberi fokus (pada Obama),” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: