Ahad, 22 November 2015

USTAFA ALI mula bangkitkan isu 2008 ..jeng3 ...

Terima kasih Saudara Khalid Samad kerana memberi respons kepada permintaan saya semalam.

Namun, kenyataan Khalid yang berbunyi: "Kes 2008 bukan yang ditimbulkan Husam. Tumpu pada isu Husam timbulkan dulu" adalah amat janggal dan pelik.


Betul ke Husam tidak bangkitkan kes 2008?

Merujuk kepada Majlis 'Demo Tanya, Ambo Jawab' Datuk Husam Musa yang dilaporkan meluas oleh media, dan salah satu yang menjadi rujukan saya untuk bersemuka dengan Datuk Husam ialah laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Nov 2015, mukasurat 10, bertajuk: “Bukti dakwaan: Husam sanggup sumpah talak isteri.” Rujukan versi Sinar Harian Online: (http://www.sinarharian.com.my/politik/bukti-dakwaan-husam-sanggup-sumpah-talak-isteri-1.451595).


Laporan ini memetik Husam sebagai berkata: “Usaha  berbaik dengan Umno  berlaku pada  pilihan raya  2008, malam itu ada mesyuarat lajnah pusat pejabat Pas, tetiba nak berunding Umno, hancur harapan rakyat,  masa tu DAP tak jahat, PKR tak jahat lagi, jadi  mesyuarat itu berlaku  dua hari selepas PRU13, (bekas AJK Pas ) Khalid samad pergi sebagai ‘nyadar’ (elak terperangkap), kalau tak mungkin mereka sudah berdakap (berpeluk)..”

Husam turut mendakwa bahawa ketika rundingan itu berlangsung selama lima belas minit, beliau ada menghantar mesej kepada saya dan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa bertanyakan pertemuan itu.

Tambah Husam: “Saya sebut nama Datuk Mustafa supaya dia boleh jadi saksi, mungkin esok dia nafi, saya tanya mereka rundingan apa yang dibuat? Tetapi adakah Pas dan Umno tidak boleh berbaik? Boleh dengan dasar terbuka (tetapi) bukan kerana fulus (duit).”

Ini fitnah yang ditimbulkan Datuk Husam dan inilah yang dirujuk saya semasa mencadangkan Majlis Bersemuka dengan Datuk Husam untuk menjawabnya.

Oleh kerana nama Khalid turut disebut Datuk Husam, maka saya, atas masih mempercayai bahawa Khalid boleh melakukan keadilan dalam isu ini, memohon Khalid untuk menjelaskan hal sebenar kerana beliau bukan lagi ahli PAS, dan oleh itu tidak tertakluk kepada arahan Setiausaha Agung PAS.

Jika Khalid merasa dirinya betul, maka apakah Datuk Husam tersilap atau semua media yang melaporkan perkara yang sama tersilap? - HARAKAHDAILY 22/11/2015

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

pening kepala baca.......