Memaparkan catatan dengan label NFC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NFC. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2015

Tipu penerusi NFC, akhirnya dia dipenjara 8 tahun dan 4 sebatan

Ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail melibatkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhi hukuman penjara antara 5 dan 8 tahun serta 4 sebatan terhadap Shamsubahrin, 49, bagi 5 pertuduhan menipu manakala penjara antara enam bulan dan lima tahun bagi 17 pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa).

Dengan itu, Shamsubahrin hanya perlu menjalani hukuman penjara 8 tahun selepas mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.

Rozilah juga memerintahkan tertuduh membayar penalti RM611,895.94 bagi kesalahan di bawah Amlatfa iaitu sejumlah harta yang dilesapkannya.

Katanya, penalti itu yang berkuat kuasa hari ini perlu dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dan jika gagal bayar tertuduh perlu menjalani hukuman penjara 4 tahun.

Bagaimanapun, Rozilah membenarkan permohonan peguam Hasnal Rezua Merican untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan wang jaminan daripada RM300,000 kepada RM350,000 dengan seorang penjamin.

Dalam prosiding hari ini, Shamsubahrin yang berjubah putih, ditemani isteri dan ahli keluarga, kelihatan tenang sebaik hukuman terhadapnya dijatuhkan.

Rozilah dalam penghakimannya, berkata mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh pada akhir kes pembelaan.

Beliau berkata, mahkamah sependapat dengan pihak pendakwaan bahawa hujahan pembelaan hanya mengenai kesan terhadap pindaan pertuduhan dan tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Hujahan pembelaan hanya membangkitkan isu pindaan dan tidak menyentuh mengenai pengakuan tertuduh yang mereka-reka cerita tentang khidmat pesanan ringkas (SMS) sehingga mendorong mangsa menyerahkan 4 keping cek," katanya.

Bagi pertuduhan mengikut Amlatfa pula, Rozilah berkata tertuduh tidak mencabar keterangan yang beliau mendepositkan, mengeluarkan, memindah wang seperti pertuduhan.

"Saya percaya ia transaksi hasil daripada penipuan. Mahkamah tidak terima penjelasan tertuduh. Ia berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah," katanya.

Rozilah turut berkata, tertuduh sengaja mengambil kesempatan terhadap keadaan Mohamad Salleh (saksi pendakwaan ke-42) yang ketika itu diserang melalui laporan media dan parti pembangkang berhubung isu pengurusan NFCorp.

Terdahulu, ketika rayuan meringankan hukuman, peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin memaklumkan anak guamnya seorang yang inovatif dan telah memberi sumbangan kepada masyarakat antaranya meningkatkan kualti perkhidmatan teksi di Suria KLCC.

Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) Jabatan Peguam Negara Datuk Abdul Razak Musa berkata kesalahan tertuduh adalah serius membabitkan jumlah wang yang besar dan memohon hukuman maksimum dikenakan terhadap tertuduh.

Pada 30 Disember 2011, Shamsubahrin didakwa terhadap lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan RM1.75 juta dan pada 18 Jun 2012 dia didakwa terhadap 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Dia didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja-kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya. – Bernama, 18 Mei, 2015.

Sabtu, 16 Mei 2015

Hakim tarik diri kes Bafia Rafizi


Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob hari ini menarik diri daripada mendengar kes yang membabitkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana beliau mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail.

Sebelum ini, Salleh yang merupakan pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC) menggesa Rozina agar menarik diri atas alasan hakim tersebut mempunyai pertalian keluarga dengan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Rozina berkata, beliau memilih untuk menarik diri kerana Salleh merupakan salah seorang saksi utama kes tersebut dan bagi mengelakkan salah faham.

"Saya rasa lebih baik sekiranya saya menarik diri daripada kes ini untuk mengelakkan salah faham. Lebih baik ia dilakukan sekarang. "Saya rasa saya boleh menjalankan tugas ini dengan adil tetapi memandangkan terdapat (salah seorang) saksi utama yang mempunyai talian persaudaraan dengan ayah saya, saya rasa lebih baik saya menarik diri," katanya.

Difahamkan, Salleh tidak mengetahui dirinya mempunyai pertalian saudara dengan Rozina.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Haziq Dhiyauddin Razali yang mewakili Bank Negara Malaysia dan peguam Rafizi, N Surendran mengatakan mereka tidak ada sebarang halangan untuk Rozina meneruskan pendengaran tersebut.

Pendengaran semula kes tersebut akan dilakukan pada 22 Mei ini dan hakim pengganti akan dimaklumkan secara bertulis esok.

Pada 5 Mei lalu, Salleh Menggesa Rozina untuk menarik diri daripada mendengar kes membabitkan Rafizi di bawah kes Bafia kerana kaitan kekeluargaan dengan Nik Nazmi.

Salleh berkata, Rozina pernah menarik diri daripada mendengar kes Nik Nazmi yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 selepas dimaklumkan bapanya yang mereka mempunyai talian persaudaraan.

Katanya,dalam PKR, Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi parti itu, melapor kepada Rafizi yang juga setiausaha agung PKR.

"Disebabkan ini, peguam negara dan timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes Bafia Rafizi perlu dimaklumkan untuk memfailkan penarikan diri kerana berlakunya konflik kepentingan dan ketidakadilan.

"Peguam saya menasihatkan, walau apa jua keputusan yang dibuat hakim Rozina di penghujung kes, seluruh integriti perbicaraan itu akan dipertikaikan, terutamanya hubungan keluarga antaranya dengan Nik Nazmi," kata Salleh.

Rafizi bersama bekas kakitangan Public Bank Berhad, Johari Mohamad, ditahan dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 1 Ogos 2012 kerana melanggar Seksyen 97 (1) Bafia dan boleh dikenakan hukuman 3 tahun penjara, denda RM3 juta, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Rafizi didakwa mengedarkan 21 akaun Public Bank kepada media, mendakwa Salleh menyeleweng pinjaman wang kerajaan untuk membeli lapan lot pejabat di KL Eco City dengan tunggakan daripada Mac 2011 hingga Februari 2012 berjumlah RM71 juta.

Namun, bukti dokumen dan keterangan mahkamah menunjukkan, dakwaan itu tidak benar dan tiada pinjaman Public Bank yang diambil Salleh untuk membeli hartanah di KL Eco City.

Disebabkan itu, Rafizi disaman NFC dan pengerusinya secara berasingan dan perbicaraan dijadualkan bermula pada 26 hingga 30 Oktober 2015.

"Tiada gunanya Rafizi mencabar Perlembagaan mengenai Bafia kerana Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sebulat suara berpendapat, dakwaan terhadap Rafizi di bawah Bafia bukan mala fide, menindas atau mempunyai tujuan politik," kata Salleh.

Salleh yang juga suami kepada Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil itu berkata, permohonan Rafizi itu pastinya tidak diperlukan dan "res judicata" memandang mahkamah sebelum itu sudah membuat keputusan mengenainya.

"Permohonan mencabar Bafia ini sebenarnya cubaan Rafizi melengahkan perbicaraan, menangguhkan dan menafikan hak kami mendapatkan keadilan dan hukuman terhadap individu yang menjejaskan NFCorp dan diri saya sendiri," katanya.

Rafizi didakwa kerana mendedahkan maklumah sulit bank mengenai NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industri Sdn Bhd dan Salleh kepada perunding media, Yusof Abdul Halim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.

Jika sabit kesalahan, Rafizi bakal hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen.

Selasa, 9 Disember 2014

Pendedahan bicara mahkamah yang gempar mmengenai NFC

Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Public Bank Berhad hanya berdiam diri apabila beliau difitnah oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, walaupun mereka sedar bahawa dakwaan itu adalah tidak benar.

Mohammad Salleh berkata tiada sebarang pinjaman dibuat dengan Public Bank untuk hartanah KL Eco City, seperti didakwa Rafizi bahawa lapan pinjaman dibuat untuk membiayai pembelian lapan unit pejabat di KL Eco City dengan memanfaatkan deposit pinjaman kerajaan disimpan di bank tersebut.

Beliau berkata Rafizi juga mendakwa bahawa beliau tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk layak mendapat lapan pinjaman dan oleh itu, mencadangkan saya memanfaatkan deposit pinjaman kerajaan.

"Rafizi mendakwa bahawa saya menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran pinjaman untuk setahun dari Mac 2011, saya mungkin akan gagal melunaskan pinjaman dan meletakkan deposit pinjaman kerajaan dalam risiko.

"Saya ingin menyatakan bahawa tidak pernah sebarang pinjaman dibuat dengan Public Bank untuk hartanah KL Eco City. Rafizi menggunakan dokumen defendan (Public Bank) untuk menfitnah saya, keluarga saya dan perniagaan saya.

"Public Bank tidak mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan bahawa tiada pinjaminan dibuat daripada mereka untuk lapan unit pejabat KL Eco City, mahupun menjelaskan tiada sebarang pinjaman adalah dalam bahaya. Mereka terus senyap mengenai dakwaan palsu yang direka oleh pembangkang sehingga ke hari ini," katanya semasa pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Mohamad Salleh berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk John Louis O'hara terhadap permohonannya dan syarikat berkaitan dengannya terhadap Publick Bank.

Pada 22 Mei 2012, Mohamad Salleh, NFCorp, National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd memfailkan saman terhadap bank itu.

Beliau menuntut kerugian yang dialami sehingga menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat itu dalam perniagaan berikutan bank tersebut didakwa melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Beliau menuntut RM60 juta untuk ganti rugi am, RM250 juta sebagai ganti rugi teladan dan RM250 juta sebagai ganti rugi teruk.

"Kemudahan pinjaman kerajaan untuk operasi perniagaan kami disita oleh pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

“Pelaburan dan perniagaan saya di Singapura juga terjejas dan musnah apabila kemudahan perbankan lain ditarik balik.

“Tanpa kemudahan perbankan, operasi makanan dan minuman serta penyewaan kami terpaksa dihentikan.

"Berkaitan dengan keluarga saya, cemuhan orang ramai hasil daripada pendedahan ini menyebabkan isteri saya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilabel sebagai 'Menteri Lembu'. Isteri saya kemudian kehilangan kerja sebagai menteri pada 10 Mac 2012," katanya.

Mohamad Salleh berkata kesemua plaintif diabaikan dan dibiarkan menderita hasil daripada kekurangan tahap keselamatan, perlindungan, tidak bertindak, mitigasi dan keazaman pihak defendan.

Pada prosiding itu, beliau juga memberitahu mahkamah bahawa beliau terkejut apabila lima petugas bank komersial itu mempunyai akses kepada bank akaun sulitnya termasuk kerani bank itu, Johari Mohamad.

Katanya, beliau membuat penemuan itu selepas siasatan oleh pengarah IT di Public Bank mendedahkan tiga pegawai Bahagian Perkhidmatan Kad dan Sokongan (cawangan Labuan) dan Pengurusan Deposit dan Saluran di ibu pejabat bank itu merisik akaunnya.

"Satu lagi adalah dari ibu pejabat iaitu sistem kerangka utama bank yang tidak dapat mengenal pasti. Cawangan-cawangan ini, jabatan dan bahagian tiada kaitan kepada plaintif yang mempunyai akaun mereka di cawangan Jalan Hang Lekiu.

"Kebocoran dan penerbitan telah menimbulkan kemarahan orang awam dan mencemaskan pihak berkuasa. Lima hari kemudian, saya didakwa dan dua hari selepas itu, pihak berkuasa merampas aset syarikat-syarikat di bawah AMLA dan diletakkan dengan Public Bank.

"Impak daripada kebocoran maklumat, sidang media, laporan berita, dakwaan dan rampasan aset juga dilaporkan di lebih 110 organisasi media," katanya.

Perbicaraan bersambung 13 Mac tahun depan. – Bernama, 8 Disember, 2014.

Sabtu, 8 November 2014

NFC: Kami bukan tak nak bayar tapi ...

"Keupayaan untuk membayar komitmen kami tidak akan goyah jika perniagaan itu tidak terganggu seperti yang dibuktikan oleh pembayaran balik kami pada 2012 dan 2013."

Syarikat National Feedlot Corporation (NFC) kecewa dengan “serangan” dari parti Pakatan Rakyat yang didakwa menyebabkan operasinya terganggu dan seterusnya menjejaskan keuntungan.

Satu kenyataan NFC hari ini mendakwa, “serangan” itu termasuk “penipuan, putar belit, gambaran salah” ke atas NFC, selain pendedahan maklumat sulit perbankannya.

"Melainkan jika dana dikembalikan, NFC kesal ia tidak dapat menjana pendapatan untuk membayar balik seterusnya ansuran pinjaman 2014," kata ketua perunding komunikasi NFC Ghazalie Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut NFC, tindakan Ketua Audit Negara membekukan sumber kewangan syarikat itu menyebabkan ia gagal untuk terus beroperasi.

"Keupayaan untuk membayar komitmen kami tidak akan goyah jika perniagaan itu tidak terganggu seperti yang dibuktikan oleh pembayaran balik kami pada 2012 dan 2013.

NFC mengulas laporan Malaysiakinipada 5 November Kerajaan Persekutuan akan membatalkan kontrak dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Kerajaan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana ingkar dalam membuat pembayaran.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen berkata NFC gagal mememenuhi kemajuan pembayaran semula kepada kerajaan, pinjaman sebanyak RM250 juta bagi organisasi itu bagi 2014, dan juga telah gagal untuk mematuhi permintaan untuk membuat pembayaran.

Selasa, 20 Ogos 2013

Apa motif sebenar perlantikkan Shahrizat sebagai penasihat PM?

Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil yang sedang bergelut mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti 19 Oktober depan, dilaporkan akan dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri berkaitan pembangunan wanita dan keluarga dalam waktu yang terdekat ini.

Meskipun Najib belum mahu mengesahkan mengenai berita itu dengan hanya berkata, "tiada apa-apa pengumuman lagi, biarkan saja begitu" ketika ditanya wartawan tetapi di dalam UMNO ianya sudah menjadi percakapan yang semakin meluas diperbualkan.

Pelbagai pro dan kontra kedengaran mengenai spekulasi itu tetapi kebanyakannya berpendapat sekarang jni bukanlah masa yang sesuai untuk Najib memberikan jawatan yang boleh memperlihatkan sokongannya kepada mana-mana calon kerana ia dikhuatiri akan turut memberi kesan penolakan yang sama terhadap Perdana Menteri.

baca lanjut ..'




Sementara golongan yang kecewa dengan skandal lembu NFC kerana telah membebankan UMNO dan mahukan Shahrizat ditukar dengan pemimpin lain yang tidak tercemar kepimpinannya, Shahrizat dan penyokong pula merasakan perlantikan sebagai penasihat ini merupakan suatu berita gembira dan umpama tonik yang mampu menambah-segarkan lagi semangat untuk mempertahankan kedudukannya sekarang.

Beliau yang bakal dicabar oleh Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said dan mungkin juga oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Halimah Siddique tentunya juga seperti mendapat nyawa tambahan jika perlantikan itu benar-benar menjadi kenyataan.

Dengan kedudukannya sekarang yang tidak memegang apa-apa jawatan, sementara pencabarnya berjawatan ahli parlimen dan timbalan menteri, di samping kontroversi berkaitan skandal lembu NFC yang pernah menyelubungi suami dan keluarganya serta majoriti ahli UMNO berpendapat beliau wajar ditukar, penganugerahan jawatan penasihat itu juga menunjukkan bahawa Najib menyokong dan masih mahukan kepada kepimpinannya merajui Pergerakan Wanita UMNO.

Sejak isu lembu NFC, nama Shahrizat dan Wanita UMNO tercemar dengan teruk sekali. Walaupun isu itu hanya melibatkan suami dan anak-anaknya, kedudukan Shahrizat sebagai menteri ketika projek itu diberikan menimbulkan persoalan tentang konflik kepentingannya sebagai pemimpin serta anggota pentadbiran kerajaan.

Apatah lagi, pinjaman mudah RM250 juta yang diperolehi untuk projek lembu itu turut dilaburkan untuk pembelian pelbagai jenis hartanah dan kondominium mewah yang membayangkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam pengendalian projek itu.

Berikutan desakan dan kecaman pelbagai pihak, Shahrizat akhirnya berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga serta tidak dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum lalu. Beliau dilantik sebagai menteri pada 2009 manakala selepas kalah kepada Nurul Izzah di Lembah Pantai pada 2008 lalu, jawatan penasihat berkaitan wanita dan keluarga kepada Perdana Menteri telah dianugerahkan kepadanya.

Jika berita mengenai perlantikan sebagai penasihat bertaraf menteri in benar-benar menjadi kenyataan, bermakna Shahrizat kembali semula ke jawatan yang pernah disandangnya suatu ketika dahulu.

Menjelang pemilihan parti Oktober ini, kedudukan Shahrizat adalah antara yang paling dipertikaikan. Ramai yang melihat isu yang pernah menyelubungi diri dan keluarganya akan terus menjadi beban kepada UMNO jika beliau terus memegang jawatan Ketua Wanita UMNO.

Beberapa pemimpin UMNO secara terbuka mendesak agar Shahrizat secara sukarela mengundurkan diri dan lebih memikirkan kepentingan parti secara keseluruhannya berbanding mengekalkan keinginan untuk terus bergayut pada jawatan yang pernah membahagiakan diri dan keluarganya itu.

Perkhabaran bahawa Najib bakal melantiknya sebagai penasihat dalam waktu yang terdekat ini tentunya juga mengundang persoalan yang tidak menggembirakan kepada kebanyakan pemimpin UMNO. Dengan Najib melantiknya ke jawatan bertaraf menteri itu hanya beberapa bulan menjelang hari pemilihan pastinya ia dianggap suatu pengiktirafan dan sokongan pucuk pimpinan terhadapnya.

Lebih-lebih lagi bakal pencabar yang mahu menentangnya hanyalah berkedudukan sebagai ahli parlimen dan timbalan menteri sahaja.

Untuk berlaku adil dan supaya tidak dianggap memihak, adalah sebaiknya Najib menangguhkan pelantikan Shahrizat itu. Lagi pula tiada keperluan pun sebenarnya Najib mempunyai penasihat berkaitan wanita dan keluarga kerana jawatan Manteri Wanita dan Keluarga sudah pun ada penyandangnya iaitu Rohani Karim dari Sarawak.

Kalau pun ingin juga melantik Shahrizat sebagai penasihat, lantiklah setelah beliau menang Ketua Wanita UMNO nanti.

Memberi jawatan kepada Shahrizat hanyalah menunjukkan Najib memberi sokongan kepadanya dan seolah-olah tidak mahu kepada calon lain memimpin Wanita UMNO sedangkan calon lain mungkin lebih baik daripada Shahrizat.

Selain itu, perlantikan penasihat ketika ini juga merupakan suatu pembaziran kerana jika Azalina dan Halimah yang menang nanti, kedua-dua mereka juga boleh terus dilantik sebagai menteri bagi mengisi kouta Ketua Wanita UMNO tanpa perlu menambahkan beban kewangan kerajaan dengan mengisi jawatan penasihat dalam waktu yang sama.

Dengan menunjukkan sokongan dan pengiktirafan kepada Shahrizat juga, sedangkan majoriti ahli dan pemimpin UMNO merasakan beliau sebagai beban dan tidak lagi relevan kepada parti, kedudukan dan masa depan Najib juga boleh terancam kerananya. (SH20/08/2013)

shahbudindotcom.blogspot.com


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sabtu, 27 Julai 2013

Mungkin mereka sudah terfikir untuk "melenyapkan" suara Rafizi

National Feedlot Corporation (NFC) bercadang untuk mengemukakan satu lagi saman ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, kali ini berhubung dakwaan
mengenai pengambilalihan syarikat itu oleh satu firma usahasama Malaysia-Jepun.

Dakwaan itu, yang disangkal NFC, menyatakan kerajaan mungkin kerugian sehingga RM163 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan kepada syarikat tersebut,
sekiranya syarikat yang mengambil alih NFC tidak menanggung liabiliti syarikat tersebut.

baca lagi ..



“Jumlah saman yang akan dikemukakan nanti kita serahkan kepada peguam untuk uruskan,” kata pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh seperti dipetik dalam
laporan Berita Harian hari ini.

Jelasnya, artikel yang disiarkan The Malaysian Insider itu menyebut dakwaan Rafizi bahawa syarikat usahasama tersebut, Kirimitonas Agro Sdn Bhd tidak menanggung
liabiliti NFC dan hanya mengambil alih NFC.

Sedangkan, syarikat usahasama itu sudahpun bersetuju mengambil alih hutang NFC dalam bentuk pinjaman mudah RM250 juta itu, kata Mohamad.

Laporan Berita Harian juga menyebut, peguam NFC telah mengemukakan surat bagi meminta penjelasan dari Rafizi, laman The Malaysian Insider dan juga satu
lagi portal berita, Free Malaysia Today yang turut menyiarkan kenyataan MP tersebut.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Jumaat, 12 Julai 2013

NFC: Suda ada "pak sanggup"?

Menteri Kewangan 2 Datuk Seri Husni Hanadzlah berkata, syarikat Kirimotonas Agro Sdn Bhd (KASB) akan membiayai kesemua hutang yang ditanggung oleh Pusat
Fidlot Nasional (NFC) kepada kerajaan.

Menurut Husni, syarikat tersebut kini sedang dibuat penilaian dan sekiranya dalam rundingan tersebut berjaya, syarikat Kirimotonas akan memberi komitmen
untuk membayar seluruh hutang NFC.

husni eon bank function 120310 ahmad husni
"Kita setuju dan syarikat ini juga bersetuju setiap bayaran balik pinjaman NFC yang tertunggak akan dibiayai dan keseluruhan pinjaman tertunggak akan mereka
bayar balik. Dan mereka minta tempoh percubaan selama tiga tahun," katanya.

baca lagi ..



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Rafizi Ramli (PKR- Pandan) ketika memberi ucapan penggulungan titah Diraja di Parlimen hari ini.

Selain itu, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) turut bangun untuk bertanya tentang pulangan yang akan diperoleh daripada projek usaha sama antara syarikat tempatan
dengan firma penternakan kedua terbesar di Jepun.

Beliau bertanya sama ada ia dapat mengatasi kegagalan projek NFC.

Husni berkata, pada waktu ini, pihaknya sedang mengkaji keperluan dan kehendak dari syarikat tersebut.

"Buat masa ini belum kaji lagi apa keperluan dan kehendak dari syarikat tersebut. Kalau dah kaji apakah kehendak, baru tahu kaitan projek dengan syarikat
mereka," katanya lagi.

April lalu, Berita Harian melaporkan, KASB memeterai surat hasrat dengan Kementerian Kewangan untuk memulakan rundingan bagi mengambil alih semua aset
dan liabiliti National Feedlot Corporation, pengendali projek berkenaan.

KASB juga, katanya menawarkan untuk membayar hutang NFCSB sebanyak RM250 juta dengan pendahuluan RM34 juta dan bakinya dibayar ansuran mengikut syarat
yang dipersetujui dalam konsesi baru.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Rabu, 10 Julai 2013

RM163 J duit untuk NFC tu kira hangus la ye bang ..

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan bagaimana ia akan memungut kembali wang pembayar cukai yang disia-siakan oleh syarikat pengusaha Pusat Fidlot Nasional.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ismail berkata penjelasan ini perlu kerana masih ada bahagian yang belum dilangsaikan setelah syarikat National Feedlot Corporation berhenti beroperasi dan bakal muflis.

Rafizi berkata daripada pinjaman RM 250 juta, RM 163 juta telah diberikan kepada syarikat tersebut.

baca lagi ..



“Sebahagian dari dana itu sudah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset. Termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset.

“Kerajaan juga tidak pernah mengenakan jaminan peribadi terhadap Pengarah NFC iaitu keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dan tiada tindakan susulan diambil,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, di sini.

Kontroversi NFC bermula apabila Jabatan Audit Negara dalam laporan 2010 berkata projek itu, yang bermula pada 2006, gagal mencapai sasaran pembekalan daging lembu yang telah ditetapkan.

Laporan itu berkata pengusaha NFC telah diberikan pinjaman RM 250 juta dengan faedah empat peratus.
Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata suatu laporan terkini menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju untuk melantik satu konsortium baru bagi mengambil alih operasi projek NFC itu.

“Dalam sidang Dewan Rakyat, saya sudah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini.

“Tetapi Menteri Kewangan menjawab bahawa kedua-dua Kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya dirampas setakat ini.

“Beliau juga mengatakan bahawa operasi NFC sudah dihentikan sepenuhnya akhir tahun lepas,” katanya.

“Jadi saya beranggapan bahawa dana RM 163 juta yang dibelanjakan oleh NFC itu dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi,” katanya.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Jumaat, 15 Mac 2013

Terkini: Kes Tipu NFC: Peguam Shamsubahrin Tarik Diri

KUALA LUMPUR: 14 Mac 2013 - Peguam Datuk Sallehuddin Saidin dan Afifuddin Ahmad Hafifi menarik diri daripada mewakili ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail pada perbicaraan kes berhubung pertuduhan menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di Mahkamah Sesyen di sini.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Memaklumkan perkara itu kepada Hakim Rozilah Salleh pada prosiding hari ini, Afifuddin berkata beliau dan peguam utama Sallehuddin menerima arahan daripada Shamsubahrin semalam untuk tidak mewakilinya lagi.

"Kami terpaksa tarik diri hari ini kerana telah menerima arahan semalam. Menurut Shamsubahrin, dia berbuat demikian kerana dia mahu melantik peguam baharu bagi kes ini," katanya.

Shamsubahrin berdepan 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsubahrin juga berdepan lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan jumlah yang sama mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Shamsubahrin ketika ditanya Rozilah memaklumkan dia ingin melantik peguam baharu kerana mendakwa peguam sedia ada tidak serius dalam mengendalikan kes berkenaan walaupun telah diberi banyak peluang.

"Saya bayar untuk kehadiran peguam Datuk Sallehuddin sepanjang perbicaraan, tetapi dia jarang ada. Saya buat keputusan ini semalam. Saya tidak mahu peguam saya membuatkan saya kelihatan seperti orang bodoh," katanya.

Tertuduh kemudian memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan dan memberi tempoh seminggu bagi membolehkan dia melantik peguam baharu, namun Rozilah menolak permohonan itu serta meneruskan perbicaraan dengan saksi berikutnya.

Rozilah turut mengingatkan tertuduh agar tidak mengulangi perkara yang boleh membuang masa mahkamah.

"Saya tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi di mahkamah ini. Kita nak habiskan kes segera kerana kes ini sudah lama sejak dari 2011... menangguhkan perbicaraan atas alasan yang tidak dapat diterima adalah melengahkan masa," katanya.

Seramai tiga saksi iaitu Penolong Pengurus Bahagian Perhubungan Celcom Norazlina Ahmad, 32, Penolong Penguasa SPRM Mohd Azlan Mohd Nor, 30 dan Mohd Rafizy Abdul Rabani, 28, yang juga Penolong Penguasa SPRM memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Datuk Abdul Razak Musa.Perbicaraan bersambung esok.


sumber sini



pen buruk online




Selasa, 5 Februari 2013

Kes Rafizi dedahkan penyata akaun NFC disebut semula 6 Mac

SHAH ALAM, 4 Feb — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 6 Mac ini untuk sebutan semula kes Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli dan seorang kerani bank yang menghadapi pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Hakim G Ramesh menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam Evic Paulsen yang mewakili Mohd Rafizi.

Evic memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu proses rayuan Mohd Rafizi di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan di bawah Akta Bafia itu.

Pada 23 Nov tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha menolak permohonan Mohd Rafizi untuk mengetepikan pertuduhan itu selepas mendapati permohonan itu bersifat pramatang.

Mohd Rafizi memfailkan permohonan itu pada 10 September tahun lepas, atas alas an prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen berkenaan bermotifkan politik.

Mohd Rafizi, 36, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu National Feedlot Corporation (NFC),

National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac lepas.

Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kerani bank, Johari Mohamad, 42, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) Akta Bafia, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103 akta sama. —





Sabtu, 19 Januari 2013

Isteri Shamsubahrin miliki 6 kereta, elaun bulanan RM10-15 ribu

KUALA LUMPUR - Isteri kepada ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau memiliki enam buah kereta termasuk tiga buah kereta baharu yang didaftarkan atas namanya.

Suzana Abdul Aziz, 45, berkata beliau memiliki tiga buah kereta iaitu Perodua Kenari, Naza dan Mercedes yang dibeli sebelum Disember 2011 dan tiga buah kereta lagi dibeli selepas tarikh tersebut.

Beliau berkata suaminya mempunyai dua buah kereta model sama, iaitu Suzuki Swift.





#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan



Menurutnya, beliau menerima elaun bulanan antara RM10,000 dan RM15,000 selaku pengarah syarikat Awana Travel dan Tours (M) Sdn Bhd.

Beliau berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, semasa perbicaraan kes Shamsubahrin.

Bagaimanapun, Suzana bersetuju dengan soalan Abdul Razak bahawa beliau tidak memerlukan tiga kereta baharu tersebut memandangkan beliau hanya seorang suri
rumah sepenuh masa.

Shamsubahrin menghadapi 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram membabitkan wang sejumlah RM1.755 juta dan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Dia, yang diwakili peguam Afifuddin Hafifi, turut berdepan lima pertuduhan menipu bekas pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad
Salleh Ismail sebanyak RM1.75 juta.

Ketika menjawab soalan Abdul Razak, Suzana memberitahu suaminya telah memasukkan wang sejumlah RM500,000 ke dalam akaunnya sebanyak tiga kali antara bulan November dan Disember 2011.

"Suami saya telah memasukkan RM50,000, RM200,000 dan RM250,000 melalui tiga keping cek pada 25 Nov, 6 Dis dan 9 Dis,"katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya mengetahui mengenai kemasukan wang tersebut selepas diberitahu oleh suaminya tetapi tidak mengetahui secara terperinci mengenai wang tersebut kerana suaminya sangat sibuk dan tidak ada masa untuk bercakap mengenai perkara itu.

Berdasarkan penyata bank yang dikemukakan, Suzana mengakui bahawa beliau telah melakukan transaksi pengeluaran wang sebanyak 40 kali bermula 25 Nov
hingga 6 Dis.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozilah Salleh bersambung 5 dan 6 Feb depan. - Bernama


sumber sini




Rabu, 16 Januari 2013

Skandal NFC: Shamsubahrin beli tiga kereta guna cek

KUALA LUMPUR- Tiga buah kenderaan jenama Mitsubishi telah dibeli ahli perniagaan, Shamsubahrin Ismail melalui bayaran cek daripada dua buah bank bertarikh 5 Disember dan 9 Disember 2011, atas nama Syarikat FA Automobile (Ipoh) Sdn Bhd.

Perkara itu diberitahu seorang pembantu jualan kenderaan jenama Mitsubishi di syarikat cawangan Petaling Jaya, Foo Rox Zan, 24, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Robert Pasang Alam, di mahkamah sesyen di sini, semalam.




#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan




Dua jenis kereta iaitu Mitsubishi Grandis berharga RM168,042 dan Mitsubishi ASX berharga RM139,042 ditempah Shamsubahrin atas nama isterinya Suzana Abdul Aziz, manakala pacuan empat roda jenama Mitsubishi Triton ditempah atas nama Shamsubahrin.

Foo memaklumkan, (Shamsubahrin) membuat tempahan dengan bayaran deposit RM1,000 untuk setiap kenderaan dan menyelesaikan baki bayaran menggunakan dua keping cek Maybank dan sekeping cek dari RHB.

Foo, 24, merupakan saksi pendakwaan ke-22, dalam kes perbicaraan membabitkan Shamsubahrin, yang didakwa atas lima pertuduhan menipu Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan sejumlah RM1.755 juta.

Dia turut didakwa dalam 17 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, babitkan jumlah yang sama.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Maybank Cawangan Jalan 222 Petaling Jaya, Mohd Zaki Sahid yang merupakan saksi pendakwaan ke 23 sahkan ada membuat bayaran ke akaun syarikat FA Automobile (Ipoh) selepas tiga keping cek didepositkan ke mesin cek di cawangan bank itu.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia (SSM), Roslizawati Nur Wahida Abd Ahmad berkata, berdasarkan rekod SSM, syarikat NFC telah bertukar nama sebanyak empat kali sejak tahun 2006.

"Ini termasuk Macronial Technology Sdn Bhd, Makanan Cemerlang Corporation, NFC Food, dan Real Food Company.

Bagaimanapun, SSM hanya terima rekod tahunan syarikat kali terakhir pada tahun 2010," katanya ketika ditanya Robert mengenai NFC.

sumber sini





Rabu, 15 Ogos 2012

Mangkuk ni nak lupus hutang NFC ke?

PETALING JAYA 15 Ogos: Proses tender semula projek National Feedlot Corporation (NFCorp) kepada kontraktor baru adalah muslihat Umno BN untuk melupuskan hutang NFCorp bernilai RM250 juta, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, sehingga kini kerajaan gagal mengutip kembali dana yang disalahguna oleh NFCorp untuk pembelian kondominium mewah di dalam dan luar negara.






“Kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp masih belum diselesaikan. Sehingga kini, Datuk Seri Najib (Razak) masih belum mengesahkan pembekuan aset yang diumum pada 14 Januari lalu berjaya mengutip kembali dana yang disalah guna.

“Hasil audit daripada pasukan audit bebas yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada rakyat.

“Tindakan menjalankan tender kali kedua hanyalah muslihat untuk melupuskan hutang tanpa disedari rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Mac lalu, akhbar melaporkan kerajaan akan membuka tender semula bagi mengambil alih projek NFC.

Langkah itu kononnya untuk memastikan projek itu tetap diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Mengulas lanjut, Rafizi menegaskan, projek NFC tidak boleh ditender semula selagi syarikat terbabit gagal mengutip semula dana yang disalah guna.

Beliau turut mendesak kerajaan mendapatkan jaminan peribadi daripada keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil supaya aset beliau disita jika gagal membayar balik hutang tersebut.

Selain itu, Rafizi turut menuntut jaminan daripada kerajaan supaya tiada suntikan baru terhadap projek itu walaupun kontraktor baru dilantik.

“Kita juga menuntut jaminan daripada kerajaan bahawa tiada sesen pun hutang NFCorp yang akan dilupuskan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34647


sumber

PBO: RM250j tu macam RM2.50 je bagi pemimpin UMNO






Selasa, 7 Ogos 2012

Shahrizat kata dia dizalimi, diaibkan bila digelar Menteri 'lembu'

Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Makamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjelaskan secara terperinci penghinaan yang dialaminya apabila digelar "menteri lembu" oleh ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Tiada sesiapapun yang patut digelar sedemikian, kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera.





Shahrizat memberi keterangan hari ini berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkannya pada 19 Januari lalu.

"Saya rasa saya dizalimkan, dianiaya dan diaibkan dengan tohmahan dan fitnah yang tak berasas," kata Shahrizat.

Katanya lagi, tiada sesiapa yang patut diaibkan sedemikian rupa dan kenyataan itu melampau batas "gurauan politik".

Nyata sekali Zuraida menyedari bahawa gelaran "lembu" itu merupakan kenyataan yang menghina dan bermaksud bodoh dalam percakapan bahasa Melayu, kata Shahrizat.

Shahrizat menjelaskan bahawa kata-kata berkenaan bermaksud untuk memalukannya dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang wanita dan melampaui batas, walau dalam arena politik.

Zuraida didakwa mengeluarkan kata-kata demikian semasa persidangan perwakilan PKR pada tahun lalu, kata Shahrizat dalam saman yang difailkan ke atas MP tersebut dan juga pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kerana mengaitkannya dengan isu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Rafizi dan Zuraida masing-masing telah mengemukakan saman balas ke atas bekas menteri terbabit.

PBO: setuju dengan Shahrizat, lembu tak pandai nak seleweng wang rakyat bernilai RM250 juta.

sumber






Isnin, 6 Ogos 2012

Tun Salleh Abas temu Rafizi lepas Aidilfitri bantu kes Bafia

KUALA LUMPUR 6 Ogos: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas akan bertemu Rafizi Ramli selepas hari raya ini untuk membincangkan perihal perundangan bagi membantu Pengarah Strategi KEADILAN itu berhadapan tuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989.

“Dia (Tun Salleh) ada hubungi (saya) untuk beri sokongan. Bukan sebagai peguam, tetapi lebih kepada penasihat. Lepas hari raya, kami akan jumpa untuk bincang tentang sudut pembelaan,” kata Rafizi dihubungi Keadilan Daily.






Tun Salleh pada Jumaat lalu menyatakan kesediannya memberi nasihat perundangan kepada Rafizi yang kini berdepan tuduhan berkaitan projek kontroversi National Feedlot Corporation (NFC).

Merujuk perbualannya pula bersama Tun Salleh baru-baru ini, Rafizi berkata, kerahsiaan Bafia wajar dipertimbang, sekiranya wujud dakwaan penyelewengan yang melibatkan kepentingan rakyat.

Katanya, Tun Salleh berpandangan bahawa, ada perkara dan dokumen sulit yang perlu didedah kepada umum.

“Tun (Salleh) kata, tak boleh ketepikan kepentingan awam. Jenis kerahsiaan dan undang-undang perlu diambilkira dalam setiap kes. Ada ruang dalam kes ini untuk dihujah,” jelas Rafizi.

Rabu lalu, Rafizi, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pertuduhan mendedah penyata akaun projek NFC.

Beliau didakwa mendedah penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC, Mohamad Salleh Ismail.

“Kalau nak ifut Bafia, pegang akaun orang pun dah kira salah. Tapi kes (NFC) ini untuk kepentingan awam,” kata Rafizi.

Beliau dikatakan mempunyai akses kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya, 7 Mac lepas.

Rafizi didakwa di bawah Seksyen 97 (1) Bafia yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a).

Akta ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank, Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Perbicaraan kes ditetapkan pada 10 September depan.

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot. (KD)

PBO: dedah kepentingan rakyat pun salah. pelik memang pelik Malaysia!
sumber






Khamis, 17 November 2011

Khairy setuju debat isu NFC

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sedia menyahut cabaran, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat mengenai isu National Feedlot Corporation (NFC).

Bagaimanapun menurut Khairy, beliau masih belum menerima jemputan rasmi daripada PKR atau Rafizi mengenai perkara itu.








“Saya sentiasa bersedia untuk berdebat, malah sebelum ini, saya telah berdebat dengan ramai orang. Saya hanya mengetahui cabaran itu melalui laman sosial. Mereka belum hantar apa-apa surat kepada saya,” katanya di lobi Parlimen.

Isnin lalu, Rafizi mencabar Khairy untuk berdebat mengenai isu NFC atas alasan Ketua Pemuda Umno itu, bertindak seolah-olah sebagai jurucakap bagi pihak kerajaan dan NFC untuk menangkis setiap tuduhan dilemparkan pembangkang.

“Jika ada surat, kita akan tentukan tarikh (debat). Tetapi kalau dalam masa terdekat, keputusan akan dibuat selepas Perhimpunan Agung Umno,” katanya.

Dalam pada itu Khairy berkata, saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya syarikat pengurus NFC yang diterajui keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Kelu­arga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, tampil memberi penerangan dan penjelasan berhubung isu dibangkitkan, adalah langkah terbaik.

“Apa disarankan Timbalan Perdana Menteri adalah langkah wajar memandangkan syarikat tersebut lebih mengetahui tindakan yang mereka buat,” katanya. (SH)