Rabu, 26 Februari 2014

Anda sudah terlewat wahai DS Abdul Hadi Awang!

"Kalau betul nak berbaik, sepatutnya boleh buat dari dahulu lagi (sebelum kes difailkan di mahkamah). Jumpa saya, kita bincang elok-elok. Saya dah beritahu dulu. Tapi, bila jadi macam ini (perintah saman dikeluarkan), dah tak gunalah sebab dah jadi kes mahkamah.

KUALA TERENGGANU 25 Feb. - Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin menegaskan soal menarik balik saman sebanyak RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah terlewat.

Menurut Mohd. Shamsul, dia tetap dengan pendirian itu kerana baginya, dakwaan pemimpin Pas itu berkait 'calon pil kuda' dalam Pilihan Raya Umum lalu cukup serius kerana secara tidak langsung melibatkan maruah, nama baiknya dan keluarga.
{baca lagi klik butang papar ... }


5 artikel pilihan pembaca hari ini







sumber


Beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menyulitkan keadaan pemimpin Pas itu atau menjejaskan hubungan antara parti tetapi didorong untuk membersihkan maruah yang tercemar.

"Kalau betul nak berbaik, sepatutnya boleh buat dari dahulu lagi (sebelum kes difailkan di mahkamah). Jumpa saya, kita bincang elok-elok. Saya dah beritahu dulu. Tapi, bila jadi macam ini (perintah saman dikeluarkan), dah tak gunalah sebab dah jadi kes mahkamah.

"Saya pun tak nak cakap banyak. Biarlah mahkamah yang uruskan. Apa-apa hal selepas ini, saya kena rujuk peguam dahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam satu kenyataannya semalam mempersoalkan sikap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terhadap Abdul Hadi.

Dakwa Zaid, jika kes ini diteruskan dan Anwar tetap mengambil pendekatan berdiam diri, ia hanya menunjukkan keangkuhan PKR dalam menyelesaikan kemelut yang melanda parti pembangkang ketika ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shamsul menyifatkan, saman yang difailkannya ke atas pemimpin Pas itu tidak akan mengeruhkan hubungan yang sedia terjalin di antara PKR dan Pas.

Tindakan saman itu dibuat Mohd. Shamsul selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Mohd. Shamsul yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Sementara itu, peguam Mohd. Shamsul, A. Vasudevan ketika dihubungi memberitahu, saman malu itu tidak boleh ditarik balik, namun peguam defendan boleh memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar tersebut.

"Hakim kemudian akan buat keputusan sama ada membenarkan permohonan itu atau tidak," katanya.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Apo nek buek cepodak dah jadi nangko , cubalah berdamai sambil maaf memaafkan tuan haji hadi mulakanlah langkah dulu jumpa dan jelaskan sebab musabab.

PBO™ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PBO™ berkata...

setuju. pemimpin berjiwa rakyat, apa sangat dikisah pada kedudukan. biar ini jadi yang terakhir kepada pemimpin pakatan rakyat