Sabtu, 1 Mac 2014

Nak tahu apa yang terjadi sebelum papagomo kena bayar saman fitnah RM800, 000 kepada Anwar Ibrahim?

Masihkah kalian ingat pada kata - kata papagomo dulu sebelum Anwar Ibrahim menang saman RM800,000 hari ini? Mari aku flashback semula cerita tersebut ..

Papagomo dengan angkuh mencabar Anwar Ibrahim untuk menyaman dia. Papagomo dalam entry blog dia sebelum ini (kini sukar diakses) seperti berikut;

Ingatkan Anwar nak cabar Gomo supaya dedahkan jika benar ada bukti, rupanya nak ulas pun takut. Semalam bukan main lagi umum satu dunia nak saman Gomo 100 juta...

GOMO: aku tak kira lah apa pun esok aku nak Anwar Ibrahim saman aku dengan amaun RM100 juta tu. semalam bukan main lagi cakap besar tetiba pulak hari ni nak buat U TURN serah pada peguam sama ada nak saman aku ataupun tidak.

Pundek punya Al Juburi, aku ingat berani sangat. Ptuihhhhh.... Lawan tetap lawan. Kalau berani kau saman lah wahai Al Juburi. Juak pakatan tolong suruh Anwar Ibrahim saman aku terutama puak puak blogger dan cybertrooper pakatan tu. takkan kau orang taknak tengok Papa Gomo disaman Anwar Ibrahim? Hahahaha
laporan penuh di sini

Itu cerita sebelum mahkamah putuskan dia kena bayar kepada Anwar Ibrahim RM800,000. Amik ko. Itu balasan dunia, balasan akhirat macam mana. Berapa banyak hati - hati yang kau lukakan, kau hancurkan? Kau jawab la nanti depan Allah SWT.

Sekarang jumlah terkumpul papagomo kena bayar saman fitnah ialah RM1.3 juta.

Mungkin ada lagi yang tersenarai .. mungkin ada lagi pihak yang akan menyaman papagomo.

dan hari ini, mahkamah telah memutuskan :
  1. Mahkamah mengarahkan papagomo membayar Anwar Ibrahim sebanyak RM800 ribu sebagai ganti rugi dan RM50 ribu sebagai kos
  2. Mahkamah juga telah memutuskan papagomo adalah Wan Muhammad Azri

Manakala Wan Muhammad Azri tetap menafikan dia adalah blogger papagomo.

Sementara itu, Wan Muhammad Azri yang ditemui pemberita masih menafikan dirinya sebagai Papagomo.

" Tiada bukti kukuh. Muka macam saya, tapi bukan saya, "katanya.

Hahaha pelanduk dua serupa? Cukup-cukuplah tu Wan muhammad Azri!! Peguam papagomo juga menyatakan rayuan akan dibuat. Kita tunggu lagi kesudahan cerita ini.

Antara perkara yang paling aku bengkak, bila papagomo dalam setiap ending entry akan menyebut demi agama, bangsa dan Negara untuk mendedahkan kejahatan Anwar Ibrahim kononnya.

agama apa yang ajar papagomo suruh fitnah? Jangan kau malukan agama Islam!!

bangsa apa yang didik papagomo fitnah? Jangan bikin malu bangsa melayu!!

Negara mana yang kau pijak? Jangan kau mengaku kau rakyat Malaysia, sedangkan perangai kau lebih jahat dari rakyat Negara ....!

Sepatutnya bukan papagomo sahaja, ada dua tiga lagi blogger sekawan yang bersekongkol. Cari juga penaja blogger - blogger ini.

5 artikel pilihan pembaca hari ini








# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

kalau wan Muhammad azri tak mengaku, kenapa papagomo sebenar tak keluar? penakut sebab dia tau itu fitnah belaka bukan?

mohd.azrul berkata...

Tahniah.anwar.krn.menang.saman.padan.muka.papagomo.itulah.padahnya.suka.buat.fitnah.

Tanpa Nama berkata...

muka dia nie klu lenyek dgn steamroll...pergh!!!!! berkhasiat bee..!!!!!

ericoanaci berkata...

Taniah