Isnin, 7 April 2014

Biodata Profesor Izzi Haji Ali yang didakwa berlaku sumbang


Minggu ini kita dikejutkan dengan satu pendedahan dan laporan polis seorang mahasiswi yang mendakwa dirinya dicabul oleh seorang profesor dan penceramah motivasi terkenal Profesor Madya Izzi Haji Ali Laporan polis dan cerita panas tu boleh
tengok sini

Entah betul atau tidak kita masih lagi menanti jawapan rasmi dari pihak berkaitan. Namun kat bawah ini aku pertampal
  • Biodata Profesor Madya Izzi Haji Ali


Profesor Madya Md Izuddin Ali atau Prof. Izzi cukup dikenali dengan tagline renung-renungkan dan selamat beramal di
radio swasta Hot FM.

Prof. Madya Hj. Md Izuddin Hj. Ali adalah anak kelahiran Kuala Terengganu lebih 40 tahun yang lalu.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang (Sekolah Rendah Tengku Bariah) Kuala Terengganu. Beliau telah menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Tengku Bariah Kuala Terengganu.
{baca lagi klik butang papar ... }




Selepas mendapat keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia, beliau menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sains Terengganu (Sekolah Menengah
Sains Sultan Mahmud) Kuala Terengganu.

Selepas mengambil Sijil Pelajaran Malaysia, beliau menyambung pelajarannya di Humboldt State University, California. Di universiti tersebut beliau diamanahkan
untuk menerajui Persatuan Pelajar Malaysia.

Sejurus selepas menamatkan pelajaran di peringkat ijazah, beliau menyambung pelajaran di peringkat sarjana
di California State University, Fresno, California.

Di universiti ini, beliau dilantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia.

Selepas menamatkan pelajaran di luar negara, beliau mengambil Diploma
Ijazah Lanjutan Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Selepas tamat pengajian, beliau mula berkhidmat dengan Universiti Teknologi
Mara semenjak tahun 1989 sehingga kini. Di UiTM beliau pernah di lantik sebagai Koordinator Pengajian Jarak Jauh, Penyelaras Program Bimbingan Belajar
dan Ahli Jawatankuasa Kualiti.

Beliau menerima anugerah khidmat cemerlang UiTM pada tahun 1994 dan 2001 dan dinaikkan pangkat kepada Profesor Madya pada
Julai 2001. Pada tahun 2001, 2003 dan 2004 beliau menerima anugerah Pengajaran Contoh UiTM Terengganu.

Dalam pengucapan awam, beliau mula melibatkan diri secara aktif semenjak tahun 1993. Beliau biasa melibatkan diri dalam memberi ceramah dan kursus dalam
bidang motivasi, pengucapan awam, pembangunan diri, kerja berpasukan, kepimpinan, komunikasi, kemahiran belajar dan keibubapaan.

Beliau pernah menjadi tetamu jemputan untuk beberapa rancangan di radio, TV1, TV3 dan ASTRO. Di antara rancangan radio yang pernah disertai adalah Fikir-fikirkan, Fikrah, Pendidikan,
Cabaran dan lain-lain lagi. Beberapa rancangan TV yang pernah disertai pula adalah Kuliah Subuh (TV3), Petua (TV3), Bincang Petang (TV3), Selamat Pagi
Malaysia (TV1), Inspirasi Pagi (TV1), Malam Ini Linda (ASTRO) dan lain-lain lagi.

Beliau juga merakamkan beberapa kaset dan cakera padat video berbentuk motivasi dan juga sudah menghasilkan beberapa buah buku. Beliau berpengalaman memberikan
ceramah motivasi dalam bidang-bidang seperti yang dinyatakan di atas di pelbagai peringkat sekolah sehingga ke peringkat korporat dan sektor awam di seluruh
negara.

Di antara organisasi yang pernah mendapat perkhidmatan beliau adalah Petronas, Tenaga Nasional Berhad, Telekom, Informis Sdn Bhd., Kementerian Pendidikan
Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Awam, Biro Tata Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, Persatuan
Sains dan Matematik Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan sebagainya. -

Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: