Jumaat, 4 April 2014

Pakar motivasi terkenal cabul pelajar IPT .. biar betoi!!

Arau: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, mendakwa dicabul oleh pensyarahnya yang juga penceramah dan pakar motivasi terkenal.

Sumber memberitahu, mangsa yang berusia 20 tahun, mendakwa diperlakukan sedemikian oleh pensyarah berusia 40-an itu ketika berada dalam bilik suspek di
IPT berkenaan, jam 2.30 petang Jumaat lalu.

Mangsa pergi ke bilik pensyarah berkenaan selepas diminta oleh suspek, kononnya bagi melakukan uji kaji.

Sebaik memasuki bilik itu, suspek didakwa duduk di sebelah penuntut berkenaan di atas lantai, sebelum meraba kaki mangsa.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Lapor pengurusan IPT

“Selepas itu, tangan suspek dikatakan mula beralih ke dada mangsa beberapa kali. Mangsa yang terkejut, cuba menghalang, namun takut dan terpaksa merelakan
perbuatan itu,” kata sumber berkenaan. Mangsa melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan tertinggi IPT sebelum membuat laporan di Balai Polis Arau
di sini, Isnin lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan siasatan sedang dijalankan.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan mangsa dan sedang mengesan suspek yang kali terakhir berada di bandar ini.

“Kita sudah menghubungi pensyarah itu dan masih menunggunya tampil bagi membantu siasatan serta diambil keterangan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan
kerana mencabul kehormatan,” katanya.

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: