Selasa, 28 Oktober 2014

Info terkini perbicaraan rayuan kes liwat 2 Anwar Ibrahim

BEKAS HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN KINI MENGETUAI PASUKAN PEGUAMBELA ANWAR IBRAHIM


Dalam satu perkembangan baru, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Seri Gopal Sri Ram menggantikan Sulaiman mewakili Anwar.

Difahamkan Gopal dilantik di saat-saat akhir. Menurut peguam Latheefa, Sulaiman tidak sihat dan terpaksa menarik diri.

Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.


updated 7.00 pagi: A Samad Said berkumpul bersama penyokong Anwar Ibrahim


Lebih 100 penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berkumpul di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini, bermula jam 7 pagi.

Sebahagian besar daripada mereka datang menaiki bas dan dipercayai tiba sejak malam tadi dan awal pagi ini.

Segelintir daripada penyokong turut kelihatan membawa peralatan untuk mandi di masjid berkenaan.

Sekumpulan penyokong sudah mula berarak ke Istana Kehakiman dengan membawa sepanduk dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Kumpulan penyokong sedikit demi sedikit mula bergerak menuju ke Istana Kehakiman, antaranya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: