Khamis, 23 Oktober 2014

Terbaru: Kesan pesawat MH370 melalui awan

Seorang saintis Australia bagai memberi harapan baru kepada ahli keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 apabila memberitahu wujud kemungkinan mengesan pesawat itu melalui kajian terhadap perubahan awan.

Pakar dalam bidang mikrofizik dan mengetuai sebuah syarikat perunding, Australian Management Consolidated, Aron Gingis berkata, pesawat yang hilang sejak tujuh bulan lalu itu boleh dikesan melalui jejak pemeluwapan terhasil akibat pembakaran bahan api daripada pesawat itu.

Menurutnya, dia sudah menggunakan teknologi yang sama untuk menjejaki sebuah kapal yang karam di utara Lautan Pasifik.

Katanya, kaedah mikrofizik digunakan untuk mengkaji perubahan awan yang terhasil daripada bahan bakar kapal yang terapung dan kemudiannya dikesan menerusi data satelit.



“Saya dapat mengesan laluan kapal di Lautan Pasifik Utara dengan mengenal pasti pelepasan wap bahan api yang terdapat di dalam awan dan kaedah sama boleh dilakukan dalam kes penyiasatan MH370,” katanya dalam satu wawancara bersama rancangan News 24 Australia.

Bagi memperkuatkan hujahnya, Gingis berkata, wujud kemungkinan yang realistik untuk menjejaki laluan pesawat MH370 menggunakan kaedah yang sama dan seterusnya mengenal pasti lokasi di mana pesawat itu hilang.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: