Khamis, 26 Mac 2015

Menteri kata kenaikan tambang teksi beri impak positif

ALOR GAJAH - Kenaikan tambang teksi yang dikuatkuasakan serta-merta Khamis lepas tidak menjejas industri pelancongan negara.

Sebaliknya ia akan membantu pemandu teksi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata, kenaikan itu juga membantu meningkatkan pendapatan golongan berkenaan serta ekonomi negara.

Nazri berkata, langkah itu juga secara tidak langsung akan memastikan pemandu teksi beroperasi menggunakan meter sekali gus mengelak berlaku penipuan harga tambang kepada pengguna teksi terutama pelancong.

"Lagipun pemandu teksi telah berjanji sekiranya tambang dinaikkan mereka akan memberi perkhidmatan terbaik dan menaik taraf kenderaan tersebut atau menukarnya sekiranya perlu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Desa Balqis Beach Resort di Kuala Linggi di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Tambang teksi baharu itu yang diputuskan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) naik antara 20 ke 67 peratus berkuatkuasa serta merta pada 19 Mac lepas. - Bernama

* AKU tambah, mesti dengan kelulusan kabinet. SPAD dijadikan kambing hitam, tengok BERNAMA tulis berita. hehehehehehe. Dan lihat juga mentaliti Menteri UMNO jawab, adess

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: