Ahad, 19 April 2015

Lima selebriti lelaki dipantau kerana menjadi gigolo kepada VIP

Sekurang-kurangnya lima selebriti lelaki tanah air sedang dipantau pihak berkuasa kerana dipercayai menjadi anak ikan atau lelaki peneman kepada golongan wanita kaya dan kenamaan (VVIP).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya sememangnya memantau pergerakan beberapa selebriti tanah air yang dikesan terbabit dalam kegiatan itu.

“Mereka (selebriti) jangan ingat kerna populariti boleh terlepas. Saya tegaskan supaya mereka semua bertaubat dan hentikan kerja terkutuk itu jika tidak mereka akan diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Tambah Roslee, kebanyakan mereka yang terlibat di dalam kegiatan ini dipercayai pendatang baru yang suam-suam kuku dalam dunia hiburan tapi mampu hidup mewah tanpa tawaran berterusan dalam bidang lakonan atau nyanyian.

Selain itu, menurut Roslee, melalui hasil risikan juga mendapati selebriti terbabit juga bukan sahaja menemani pelanggannya di pusat hiburan semata-mata malah ada juga yang dipercayai berakhir di ranjang selain menjelaskan bahawa aktiviti persundalan ini salah di sisi undang-undang.

sumber : Metro Ahad

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

takkan amaran kepada selebriti sahaja? VVIP tu ape cerita?

bunbinban berkata...

mmg patut ambil tindakan ke atas celebriti tu tapi VVIP terlepas..pelanggan tu...double stendet tul la.

orgkampongok berkata...

Menjadi gigolo ada apa..org org politik yg bela artis artis dgn duit kemewahan dsb nya..tu yg patut di seret ke pengadilan...