Jumaat, 29 Mei 2015

RM1000 satu lubang, sungguh mengejutkan!

Pegawai Pusat Kawalan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) dipercayai bukan saja tidak menjalankan tugas mengawal perairan negara, malah
ponteng kerja dengan bermain golf, berjudi dan menjalankan operasi di rumah urut.
Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong berkata, jika keadaan itu benar-benar berlaku, ia jelas merupakan antara penyebab utama mengapa projek bernilai RM600 juta
gagal membendung pencerobohan dan aktiviti jenayah di perairan Sabah.

“Ada pihak mendakwa pegawai tinggi ESSCOM bermain golf pada waktu kerja dan bertaruh dalam permainan itu sebanyak RM1,000 setiap lubang di Lahad Datu.

“Mereka juga pernah menjalankan operasi di asrama pekerja rumah urut dan spa.

“Saya minta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi siasat dakwaan ini dengan serius,” katanya ketika dihubungi Roketkini.com.


Jimmy yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu menyatakan, berdasarkan aduan orang ramai, ESSCOM juga dituduh menerima rasuah daripada pekerja asing.

Katanya, ada majikan dan keluarga terpaksa membayar sebanyak RM500 hingga RM1,000 untuk membebaskan mereka.

“Ada juga pihak tertentu dalam ESSCOM telah menerima sogokan daripada pihak majikan supaya pekerja tanpa dokumen sah dapat dibebaskan.

“Dengan adanya elemen rasuah dalam operasi ESSCOM bagaimana keselamatan Sabah dapat dipelihara?” katanya.

DAP Sabah hari ini juga telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen bagi menyelesaikan krisis keselamatan di Pantai Timur negeri itu.

Memorandum telah diserahkan oleh Jimmy bersama Timbalan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt dan Naib Pengerusi DAP negeri Chan Foong Hin.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: