Jumaat, 26 Jun 2015

Gelombang Mat Sabu sudah bermula

Tidak mustahil jelajah Mat Sabu ke seluruh Semenanjung akan menghimpunkan gelombang politik yang lebih besar. Teori ini dikukuhkan lagi dengan gambar hadirin yang menghadiri ceramah Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad di Seremban beberapa hari sebelum itu. Hanya 30 orang.

Anwar Ibrahim cetus Reformasi 1.0
Mat Sabu cetus Reformasi 2.0

Rakyat yang masih ingat siri jelajah Reformasi yang digerakkan ikon politik Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Umno pada 2 September 1998 pasti mampu membandingkan peristiwa itu dengan road tour pemimpin progresif PAS hari ini.

Pemimpin progresif yang dipancung dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu kini mendapat tempat istimewa di hati ahli dan penyokong PAS. Ke mana sahaja mereka pergi akan menerima sambutan hangat. Dua pentas disediakan untuk mereka. Iaitu Terbuang Tapi Terbilang dan Jasamu Dikenang. Pemimpin yang ditampilkan setakat
ini ialah Mohammad Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Hatta.

Mat Sabu menjadi tumpuan utama. Ceramah beliau di Lembah Pantai beberapa hari lalu dihadiri tidak kurang seribu orang. Rakyat ingin mengetahui sesuatu yang baharu dari pemimpin PAS yang tersingkir. Ingin mengetahui gerakan politik mereka dan tidak mustahil akan terus menyokong ke mana sahaja hala tuju politik tokoh-tokoh itu meski pun meninggalkan PAS.

Perkara yang sama terjadi dalam gelombang Reformasi 1998. Anwar dinanti-nantikan kunjungannya ke seluruh negara. Rakyat ingin  mengetahui dari mulut beliau sendiri mengenai fitnah liwat dan kekejaman rejim Mahathir.

Mulai 5 September 1998, Anwar bergerak dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk berceramah di Masjid Negara dan menganjurkan perhimpunan raksaksa 100,000 di Dataran Merdeka yang menjadi simbol kebangkitan besar-besaran penentangan ke atas kekuasaan Dr Mahathir.

Dalam setiap destinasi ceramah Anwar, pendengar bertambah dan penyokong yang menentang Mahathir semakin padu. Akhirnya gelombang itu diterjemahkan ke peti undi pada pilihan raya umum 1999. Umno ditolak Melayu. Barisan Alternatif mendapat 60 peratus sokongan Melayu.

Gelombang yang mengiringi Mat Sabu kelihatan hampir sama hebat seperti mengiringi Anwar. Ceramah kedua di Kota Bharu 15 Jun lalu dihadiri ribuan penyokong dan rakyat biasa yang ingin tahu perkembangan politik PAS.

Tidak mustahil jelajah Mat Sabu ke seluruh Semenanjung akan menghimpunkan gelombang politik yang lebih besar. Teori ini dikukuhkan lagi dengan gambar hadirin yang menghadiri ceramah Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad di Seremban beberapa hari sebelum itu. Hanya 30 orang.

Berbeza dengan Umno pada 1998 yang mempunyai polis untuk menyekat kemaraan Anwar yang dikhuatiri mencetus revolusi seperti di Indonesia, PAS tidak mempunyai polis dan penjara untuk menyekat Mat Sabu.

Tidak dapat ditolak kemungkinan dalam sebulan dua daripada sekarang akan berlaku revolusi dalam PAS. Pimpinan ulama yang berkonspirasi menyingkir puak profesional tentu tidak menjangkakan Mat Sabu akan melancarkan siri jelajah. Mereka juga terkejut begitu ramai ahli PAS yang tidak walak mendengar ceramah bekas presiden parti itu.

Kini, segalanya sudah terlambat. Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu. Ketika itu PAS menumpang gelombang tersebut untuk meraih populariti. Hari ini, Pakatan Rakyat boleh menumpang gelombang profesional PAS untuk menerangkan isu-isu semasa.

Gelombang penolakan terhadap puak ulama PAS ini akan menjadi gelombang besar menolak BN.

Akhirnya suasana beku, membosankan serta polemik tanpa kesudahan dalam Pakatan Rakyat menemui titik ledaknya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

14 respon:

Unknown berkata...

kita tengok sejauh mana impaknya kepada suasana politik....

Tanpa Nama berkata...

Muktamar dah terima PUTUS kan hubungan dgn DAP, apa lagi yg diungkit pasal mengekalkan hubungan. Mimpi ka apa. Itu la bila berpolitik main Cai, tengok kepiah jer kan dah tak cerdik. SOKONG PAKATAN RAKYAT DENGAN 4 PARTI (plus parti baru) kalau pas nak stay pun tak apa nak cabut pun tak apa. Dan agihan calon PRU bahagi 4, pas kena piker komponen baru masuk kena bagi kerusi juga. Hilang lah kuasa tawar menawar Pas. Kalu cabut keluar lagi teruk silap silap Kelantan pun hilang.
ke kek keh siapa yg jd tolol siapa yg jd barua dan siapa yg jd jebon sekarang

Duvid duvid

Tanpa Nama berkata...

Elok jugak Malaysia punyai pemimpin dan Perdana Menteri seperti Mat Sabu ni..

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohammad Sabu..!
Pergh... Mantappp..!

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong.
malaysia untuk rakyat malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Sokong.....
In Sha Allah jika sudah kada dan qadar-Nya

Unknown berkata...

Ko saja nak bagi Puak2 Malaun dlm PAS panas .Apa yg saya rasa jika manang pun Mat Sabu akan hadiahkan PM pada Anwar .

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat perlu bijak,umpama manarik rambut dalam tepung,walau pun pas telah putuskan hubungan dengan dap namun pas masih diperlukan dalam Pakatan, tinggal lagi bilangan kerusi yang telah diserahkan kepada pas perlu dibahagi 2 dengan parti baru,jumlah kerusi pkr,dap kekal sebagaimana agihan PRU 13.Selamat maju dan mintax berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh pegi jauh. Ahmad awang pun kantoi. Inikan mat Sabu yang dekat di hati dap.Sama-samalah kita lihat nanti. Pasal bergabung bagi 4 sapa yang akan jadi ketua kalau bukan dap yang majoriti. Pas lebih baik bertanding semua kerusi. Telah banyak kerusi pkr dapat dari pas tempoh PRU13 dulu.Yang akan hilang pertaruhan adalah parti baru dan pkr sendiri. dap stay selamat kerana dokongan orang cina.Majoriti melayu tidak akan undi dap. Ini suatu kemestian setelah dap tolak hudud mentah-mentah. Melayu yang sokong dap terlalu minimal.Ini pasti dah. Pkr pun semakin merosot dan akan layu terus setelah kurangnya kelibat anwar. Percayalah.

Hj Aduka berkata...

Saya sokong abang Mat

Tanpa Nama berkata...

Setelah episod hudud memasuki kategori lawak antarabangsa, ianya akan jadi isu sampingan. Ekonomi kita menuju ke arah yang membimbangkan. Rakyat biasa hanya mementingkan makanan, tempat tinggal dan kesihatan. Yang lain tangguh dulu. Parti mana atau pemimpin mana yang boleh memudahkan hidangan ke meja atau menyediakan bumbung diatas kepala dan menjaga kesihatan, parti itulah atau pemimpin itulah yang akan diundi rakyat biasa. Dalam saat kesusahan dan perit untuk menyara keluarga, 'projek hudud Hj Hadi' tidak relevan langsung!!

Tanpa Nama berkata...

Saya syorkan nama parti baru PIS, parti islam sekular, sebuah parti islam berbeza daripada PAS, dimana ideologinya ialah tolak hukum islam yg dianggap lapok tolak hudud kerana tak sesuai dg negara majmuk, menganiaya dan menyusahkan, judi boleh dilesenkan kerana jadi hasil negara, pelacuran pon sama, bank islam di mansuhkan, kerana perkauman, mahkamah syariah hanya untuk kes nikah cerai dan pembahagian pusaka sahaja, negara juga boleh diperintahkan sesiapa asal rakyat Malaysia, etika pakaian tidak dibenarkan, restoran tidak dibenarkan letak tanda halal itu perkauman, rakyat bebas bercampur gaul, hiburan tanpa had, itu lah islam sekular.

Tanpa Nama berkata...

Nak lari dari isu kelemahan pas le tu. Hudud..hudud...hudud. Orang banjir ramai lagi duduk dalam khemah. Kat muktamar berdegar-degar, masuk parlimen din vellfire duduk diam, tak ada telur

Tanpa Nama berkata...


Asalamualaikum wahai umat Islam,

malaysia baru menanti yg dirangka oleh new society us, najib and gang bersama pembangkang sekadar merealisasikan hasrat tokey mereka, cuma pendekatan satu sbg watak bangkang satu lg watak yg kena bangkang. Sbb tu keputusan kjaan tak pedulikan rakyat, apatah lg Islam dan org melayu, pembangkang tlg bagi api pd rakyat, dua2 sama2 buat rakyat tertekan.

Akhirnya akan ada watak yg diberi impian sbg penyelamat rakyat keseluruhannya dr segala tekanan masalh yg dicipta reka oleh mereka juga, maka dijanjikan kemakmuran keadilan tanpa ada batasan kaum dn agama. Masa itu akan tiba nanti cuma siapa yg akan dipilih oleh tokey besar New Orde kita tak pasti, mungkin watak baru yg berciri spt kumpulan parti Islam baru yg akan ditubuhkan nanti atau watak hero lama yg terpenjara.

Masa itu jgn dok bising pada kebebasan tanpa had anak muda spt seksual merdeka, jgn bising pasal nak implemen hukum Islam, jgn bising pd dress code, jgn bising pd sapa yg nak terkangkang koyak di gunung2 serta pantai msia, ini keadilan pd semua ras. Kemakmuran pd semua akan dijanjikan, yg pasti dasar hak istimewa hilang, islam sbg teras pentadbiran tiada lg.

Kenapa jadi gitu, sbb pemimpin kjaan sekarang sanggup membenarkan msia baru terjadi kerana samada mereka memang dah menjadi ejen ataupun kerana wang2 berjuta ditawarkan sekiranya merealisasikan Msia Baru.

Pembangkan sekadar watak yg memang dicipta dr awal lg utk new society. !MDB punca asbab masuknya pemodal asing menjajah msia, dgnsegala dasar akan dirombak demi menyelamat 1mdb dan negara dr jatuh ekonomi bangkrap.

Tunggulah, ini yg dirancang, tapi kita tk pasti Allah bagaimana nanti yg akan menentukan. Parti spt Pas yg tradisi serta NGO2 yg berpaksikan Islam konservatif akan diletakkan sbg kelabu iaitu cenderung kpd teriris, akan ditekan, hasil dr tekanan itu nanti, mereka juga yg menyamar Islamik akan indoktrinkan ahli2 jemaah yg tertekan kerana dasar baru itu utk menjadi pengganas Islam spt i s atau alqaeda. Dari ini mereka menjauhkan lg rakyat dr kumpulan Islam koservatif dgn kaedah tuduhan sbg teroris dan mengancam sekiranya menyokong kumpulan2 ini, tidak pun mereka akan mencipta konfrontasi anatar kumpulan Islam konservatif ini dgn Islam progresif/liberal, terjadi kekacauan, berbunuhan kita sesama kita , pertumpahan darah, dendam berbalas dgn titisan darah, akhirnya hilang dn lemahlah org Islam msia.

Tolong beri perhatian apa yg sy tulis dgn tenang dan rapi.

wassalam

XUMNO berkata...

Gelombang angin,macam belon. Jangan mimpilah orang melayu nak sokong pemimpin2 yg pro-cina Dap.