Khamis, 3 September 2015

Nik Abduh: GHB ni jin, manusia atau emamalia?

PAS belum boleh mengadakan hubungan politik dan menentukan sikap terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS kerana masih
belum jelas bentuk dan kedudukannya.

Ketua Pemuda PAS berkata Nik Abduh Nik Aziz, PAS masih belum berbuat demikian kerana tidak meniktiraf GHB yang menurutnya tidak jelas sama ada ia "jin
atau manusia" dan "mamalia atau amfibia".

"GHB masih lagi satu masalah dan isu dalaman PAS. PAS tidak memberi sebarang pengiktirafan pada GHB, kerana masih tidak jelas sama ada ia jin atau manusia.

"Sehinggalah ia jelas dan rasmi, barulah PAS boleh membuat polisi terhadap mereka.

"Apabila mereka wujud secara rasmi, insya-Allah hubungannya ada. Macam mana hubungan itu, diteliti kemudian nanti.

"Sekarang tidak boleh lagi sebab tidak tahu lagi mereka ini mamalia atau amfibia," katanya sinis.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Wacana Merdeka "Selamatkan Malaysia" di Shah Alam baru-baru ini. Petikan ucapan beliau itu disusun dan disiarkan
dalam portal Harakahdaily semalam.

Bagaimanapun, Nik Abduh berkata PAS boleh menentukan sikap yang jelas termasuk selepas GHB dibentuk dengan jelas dan rasmi dan buat masa ini PAS cuma mengadakan
perjumpaan secara individu, bukan atas nama parti.

"Kalau mereka buat kumpulan tidak rasmi, kemudian ajak kumpulan PAS, itu tidak kena. Kerana PAS adalah institusi parti politik yang sah, sedangkan GHB
bukan NGO mahupun parti politik," katanya.

Bekas pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan parti itu Jun lalu, menubuhkan GHB dan hujung minggu lalu mengumumkan menubuhkan Parti Amanah Negara dengan
menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang hanya menyertai pilihan raya umum pada 1978.

Ekoran itu juga keanggotaan 22 bekas pemimpin PAS kemudiannya tergugur secara automatik antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, Datuk
Dr Mujahid Yusof, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad dan Hanipa Maidin.

Dalam ucapan Nik Abduh itu juga, beliau mengakui bahawa PAS "tidak gembira" dan "hati terluka" ekoran pengisytiharan mereka keluar PAS.

Katanya, ebelum ini mereka ada "pendidik Pemuda" dan "pembuka laluan untuk berjuang" dalam PAS.

"Sudah pasti ini adalah berita sedih, pun begitu terpaksa ditanggung demi menjaga parti yang kita yakini bahawa ia disediakan Allah di Malaysia ini untuk
menjaga ummah daripada tersasar daripada jalan lurus," katanya.

'Tidur sini, tapi hentam rumah sendiri'

Dalam ucapannya yang sama, MP Pasir Mas berkata tidak salah anggota PAS menyertai GHB atau beliau sendiri menghadiri majlis dialog bersama dengan kumpulan
itu, namun ia memberikan persepsi sebagai tidak elok kepada PAS buat masa ini.

"Kalau saya hadir dialog dengan rakan-rakan GHB, akan ada satu pandangan kata Ustaz Nik Abduh boleh terima GHB. Maka tidak salah kita masuk GHB.

"Maka belum elok dimulakan sehingga selesai hal-hal yang berkait dengan soal dalaman parti," katanya.

Dalam petikan ucapannya juga, Nik Abduh turut menyindir pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti yang enggan keluar parti kerana mahu menubuhkan parti
politik baru.

Walaupun berdepan kesukaran untuk bertindak memandangkan ia melibatkan masalah dalaman parti, Nik Abduh optimis ia boleh diselesaikan jika kedua-dua pihak
memahami agama dan amalan demokrasi.

"Kalau sudah tidak suka bolehlah keluar parti, janganlah beralasan tidak mahu keluar selagi bahtera tidak siap. Ini memalukan dan tidak profesional walaupun
ia lahir daripada golongan profesional.

"Hendak tidur sini, hendak makan sini, tapi asyik hentam rumah sendiri. Ini tidak jadi penyelesaianlah.

"Maka kita kata kena keluar sebab orang lain hendak masuk, kerusi dan jawatan kita orang lain menunggu. Jadi penyelesaian yang paling ideal adalah isytihar
parti baru, mereka menunggu melompat beramai-ramai," katanya.

Bagaimanapun, Nik Abduh menempelak pemimpin PAS terbabit yang enggan keluar parti secara keseluruhan sebaliknya sebahagian mereka berada dalam PAS yang
didakwa mahu "melumpuhkan" PAS dari dalam.

"Ini ijtihad dan tindakan yang salah dari sudut syarie, berdosa. Kita duduk di dalam dengan tujuan hendak pegang jawatan dan lumpuhkannya. Jadi ‘makan
dalam’, ini salah dan berdosa," katanya.

Sehubungan itu, anak lelaki kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu mencadangkan kepada ahli supaya membuat laporan kepada setiausaha
agung PAS supaya tindakan boleh diambil kepada yang terlibat.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

kepala butoh. masa singkirkan tak fkir

Tanpa Nama berkata...

Bahasa pemimpin pas mutahir ini mmg menjelekkan terselindung cacian halus, merendah2kan wibawa pihak yg difokus menyamakan mereka dgn kebodohan(tolol) juga haiwan(mamalia@amfibia) Sila rujuk haji hadi juga..

Tanpa Nama berkata...

Kalau pun tak kenal GHB tu apekebende.. jangan lah membayangkan dia sebagai apa.. apa lagi dgn haiwan.. jawab lah dengan jawaban seorang yang berkeperibadian tinggi.. jawaban seorang agamawan.. jawaban seorang yang memertabatkan islam sebagai rahmatan lil alamin.. saya sendiri pun tak kenal nik abduh kalau bukan kerana ayahnya.. tapi tak pula saya bayangkan nik abduh sebagai seorang yg biasa biasa.. apatah lagi membayangkan manusia yg buruk akhlaknya..

Tanpa Nama berkata...

Nama mmg sesuai dgn orgnya-nik abodoh

Unknown berkata...

Nik beduh ni kalau becakap diluar mmg hebat nak hentam perli org.
Tp kalau dalam parlimen dia menikus sebab tak tau nak cakap.
Nak bg hebat lg,suruh dia tulis dlm fb,lagi bedegar2