Rabu, 2 September 2015

Sekor manusia yang pengecut

Penganjur Nothing2Hide, Datuk Khairul Anuar Rahmat (gambar, kiri) mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) memungkiri janji untuk mengadakan program ulangan dialog itu selepas ia gagal diteruskan pada Jun lepas.

Khairul yang juga pengerusi Sukarelawan Guaman (SukaGuam) itu berkata sehingga hari ini selepas hampir 2 bulan, mereka masih belum menerima jawapan daripada PMO.

"Program Nothing2Hide ulangan yang dijanjikan oleh PMO juga tidak dilaksanakan tanpa apa-apa maklum balas kepada pihak penganjur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, matlamat program dialog itu diadakan bagi menjelaskan mengenai isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak perlu disembunyikan daripada umum. "Saya mengambil tanggungjawab menganjurkan program dialog berkenaan kerana ketika itu yakin tiada apa yang perlu disembunyikan berkaitan isu-isu yang melanda negara terutama isu 1MDB.

"Malangnya, Datuk Seri Najib Razak menarik diri dan tidak hadir di saat akhir kerana menerima laporan yang tidak tepat daripada penasihatnya berkenaan suasana di PWTC," katanya, Khairul juga berkata sudah berputus asa untuk memberi penjelasan dan mempertahankan 1MDB kerana Najib sendiri tidak tampil untuk menjelaskan secara terbuka.

"Sehubungan itu, saya membuat keputusan menarik semula sokongan terhadap 1MDB yang sebelum itu saya bersungguh-sungguh mempertahankannya," katanya.

Najib tidak hadir dialog Nothing2Hide pada Jun lalu walaupun pada awalnya sudah mengesahkan kehadirannya, malah Tun Dr Mahathir Mohamad juga berada dalam dialog sama itu.

Pihak berkuasa memberi alasan faktor keselamatan sebagai punca Najib membatalkan program tersebut.

Susulan insiden tersebut, Khairul juga meletak jawatan sebagai ketua Pemuda Umno Kluang, naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia pada Julai lalu.

Khairul kini meneruskan kerja kemasyarakatan dalam dan luar negara selain meluaskan operasi firmanya, Khairul Group.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: