Selasa, 13 Oktober 2015

Enam yang jahanam?

Sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang lain semalam sememangnya mengagumkan, tetapi penganalisis tidak yakin ia akan berjaya mempengaruhi ahli Umno untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain kecaman mereka terhadap Putrajaya berhubung penggunaan undang-undang keselamatan baharu terhadap pengkritik kerajaan dan kebimbangan mereka tentang keadaan negara ini, pemimpin berkenaan juga secara terbuka mempamerkan satu garis yang jelas dalam menentang kerajaan diterajui Najib.

"Kesan serta-merta sidang akhbar itu terbatas," kata pengumpul suara, Ibrahim Suffian.

"Terlalu awal untuk mengatakan ia mungkin mempengaruhi pemimpin lain tetapi jika anda melihat implikasinya pada jangka masa panjang, ia menunjukkan mereka yang ingkar dalam Umno sedang secara terbuka menentang Najib. Garisannya nampak jelas." Selain Dr Mahathir, sidang akhbar itu dihadiri bekas lawan beliau bagi jawatan presiden parti, veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan ahli Parlimen Gua Musang sejak 1970-an.

Pemimpin lain yang hadir ialah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal - kedua-duanya secara terbuka mengkritik Najib - juga bekas setiausaha agung Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat.

Seorang lagi bekas pemimpin MCA, bekas presiden Tun Dr Ling Liong Sik, juga menyokong pemimpin tersebut, walaupun beliau tidak hadir di sidang akhbar itu kerana berada di luar negara.

Ketujuh-tujuh pemimpin itu bersikap kritis terhadap Najib dan polisinya, termasuk skandal sedia ada yang menyelubungi perdana menteri, iaitu "wang derma"

RM2.6 bilion daripada individu tidak diketahui dari negara Timur Tengah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cetusan idea Najib juga sedang giat disiasat berhubung dakwaan penyelewengan kewangan.

Penganalisis Asrul Hadi Abdullah Sani berkata, penampilan bersama bekas "musuh" itu - Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh yang duduk bersebelahan antara satu sama lain pada sidang akhbar itu, pasti mempengaruhi emosi tetapi tidak akan cukup untuk mempengaruhi sokongan yang meluas dalam Umno bagi menggulingkan Najib.

"Ini disebabkan struktur hierarki dalam Umno sendiri. Tidak kira apa pendapat ahli akar umbi, jika ketua bahagian berfikir sebaliknya, suara akar umbi tidak akan membawa sebarang perbezaan," kata penganalisis BowerGroupAsia itu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: