Isnin, 5 Oktober 2015

Hudud: Mahkamah Tinggi tolak bantahan awal Presiden PAS

Mahkamah Tinggi di sini menolak bantahan awal dikemukakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat yang lain untuk membatalkan saman berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu dalam kamar beliau sebentar tadi.

Peguam Farez Jinnah yang mewakili empat plaintif ketika ditemui berkata hakim membuat keputusan itu selepas mendapati tiada material mencukupi yang dikemukakan di mahkamah berhubung permohonan bantahan awal itu. Asmabi kemudian menetapkan pada 13 Oktober ini untuk mendengar permohonan Abdul Hadi untuk membatalkan saman berkenaan.

Pada Jun lalu, empat individu iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaludin memfailkan saman pemula bagi mencabar pembentangan Rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Mereka menamakan Abdul Hadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua timbalan, Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Ronald Koandee serta Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah sebagai defendan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: