Rabu, 7 Oktober 2015

Takkanlah pil kuda tu bahasa mantik Haji Hadi .. hehehehehe


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bebas daripada saman fitnah RM2 juta yang difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin.

Ini berikutan keputusan panel 3 hakim Mahkamah Persekutuan dhari ini yang menolak permohonan Shamsul bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan, dalam
usaha membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.          

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 16 Disember tahun lepas menolak saman fitnah Shamsul terhadap Hadi dan Mahkamah Rayuan pada Mei lepas, mengekalkan
keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel itu turut memerintahkan Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang
berkenaan.

Dua lagi ahli panel ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Abu Samah Nordin.

Shamsul menyaman Hadi selepas mendakwa Hadi mengeluarkan kenyataan fitnah semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, pada 22 April, 2013.

Dalam pernyataan tuntutannya,Shamsul mendakwa ucapan Hadi dalam ceramah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu, menjatuhkan maruahnya dan keluarga
serta menjejaskan reputasinya sebagai calon pilihan raya dan ahli perniagaan.

Mahkamah Tinggi ketika menolak saman Shamsul itu memutuskan plaintif (Shamsul) gagal membuktikan bahawa kata-kata yang didakwa diucapkan Hadi sebenarnya
merujuk kepada beliau.

Shamsul bertanding mewakili PKR bagi DUN Bukit Besi, Terengganu pada PRU13.

Shamsul diwakili peguam A Vasudevan dan V Saravanan manakala peguam Datuk Takiyuddin Hassan mewakili Hadi. – Bernama, 7 Oktober, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Allah Maha Mengetahui... tunggu lah mahkamah Allah Yang Maha Adil nnti..

Tanpa Nama berkata...

Jangan khuatir, jika memang benar Hadi telah membuat fitnah itu disertai niat tunggu sahajalah dia akan dimakan sumpah fitnahnya sendiri. Penolakan oleh mahkamah itu hanya dari sudut teknikal sahaja, tetapi Allah itu Maha Adil. Mengadulah kepada Allah pula, kerana hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui.