Rabu, 7 Oktober 2015

Tunjuk kemaluan depan rumah Siti Nurhaliza

Seorang lelaki dipenjara 6 bulan setelah gagal membayar denda sebagai hukuman oleh Mahkamah Majistret Ampang, selepas dia bersalah menunjukkan kemaluannya
di depan rumah penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 3 hari lepas.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhi hukuman denda RM5,000 dan memerintahkan Amiruddin Sulaiman, 48, dipenjara 6 bulan jika gagal membayar denda.
Dia gagal membayar denda itu.

Amiruddin, didakwa terhadap pertuduhan dengan niat menghina kesopanan pengawal keselamatan rumah penyanyi itu, warga Indonesia bernama Alias, 61, dengan
menunjukkan kemaluannya sehingga mengganggu kesantunan mangsa di depan rumah milik suami Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohd Jiwa di Bukit Antarabangsa,
Kuala Lumpur pada jam 5 petang, 4 Oktober lepas.

Dia yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, peguam Dony Abdullah yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan ini kesalahan pertama anak guamnya yang merupakan seorang
duda dan mempunyai 2 anak berusia 21 dan 19 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon hukuman penjara ke atas tertuduh atas alasan perbuatannya boleh menggugat keharmonian keluarga pemilik
rumah. – Bernama, 7 Oktober, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: