Selasa, 3 November 2015

Kenapa dengan Sirul Azhar ni ...?

Pihak berkuasa penjara Australia meningkatkan kawalan keselamatan ke atas Sirul Azhar Umar susulan kebimbangan bekas komando itu sedang didesak kembali ke Malaysia bagi menghadapi hukuman mati kerana peranannya dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut laporan akhbar Australia.

The Australian hari ini melaporkan, langkah keselamatan tambahan diambil selepas delegasi yang terdiri daripada ibu dan kakak Sirul, serta sekurang-kurangnya seorang ahli Parlimen pembangkang melawat beliau pada Mac lalu.

Sirul, yang ditahan di pusat tahanan Villawood di Australia, dianggap sebagai tahanan berisiko tinggi kerana penglibatan beliau dalam pembunuhan Altantuya, yang diletupkan dengan bahan letupan C4 atau dibunuh dulu sebelum diletupkan pada 18 Oktober 2006, di Shah Alam.

Siasatan mendedahkan Altantuya terlibat dalam hubungan sulit dengan Abdul Razak Baginda iaitu penasihat politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Razak didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dibebaskan kemudiannya.

The Australian melaporkan, pegawai Tentera Sempadan Australia sangat bimbang dengan keadaan itu kerana dikatakan hanya mendapat tahu mengenai lawatan pada Mac berkenaan selepas ia terjadi.

Akhbar itu berkata, lawatan itu diluluskan oleh Serco, kontraktor yang menjalankan pusat tahanan di Australia, dan Villawood pada masa itu berada di bawah kawalan Jabatan Imigresen negara itu. – 3 November, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: